Khamis, 20 Oktober 2016

RUU 355, PKR kata tunggu esok


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail bersama-sama sebahagian Ahli Parlimen Pembangkang memegang buku Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 selepas memperkenalkan belanjawan tersebut di banggunan sementara Parlimen Malaysia sempena pembentangan Bajet 2017 kerajaan pada Jumaat ini. foto SAFWAN MANSOR, 19 OKT 2016.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail bersama-sama sebahagian Ahli Parlimen Pembangkang memegang buku Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 selepas memperkenalkan belanjawa tersebut di banggunan sementara Parlimen Malaysia sempena pembentangan Bajet 2017 kerajaan pada Jumaat ini. foto SAFWAN MANSOR, 19 OKT 2016.
Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan sama ada parti itu menyokong atau tidak Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan diberitahu esok.

Katanya, beliau akan mengumumkan keputusan itu sebaik sahaja selesai membentangkan Bajet 2017 Pakatan Harapan (PH).

“Biro Politik PKR sudah selesai bermesyuarat semalam. Keputusannya esok, selepas bentang bajet pakatan (PH),” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Malaysia Gazette difahamkan, dalam mesyuarat yang diadakan di ibupejabatnya di Damansara semalam, PKR gagal mencapai kata sepakat tetapi sumber memberitahu, lebih kepada tidak menyokong RUU 355.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang dilihat cuba mengelak daripada sekumpulan media yang menunggunya di lobi Parlimen untuk mendapatkan jawapan pendirian PKR mengenai usul persendirian
RUU 355 yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pas membawa usul itu untuk dipinda dengan alasan usaha parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: