Jumaat, 14 Oktober 2016

PKR Sarawak nafi tiga ADUN keluar parti

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUCHING: PKR Sarawak menafikan laporan tiga ADUN-nya akan keluar parti bagi menyertai parti tempatan lain.
 
ADUN Ba’Kelalan Baru Bian mengulangi pendiriannya bahawa beliau, ADUN Batu Lintang See Chee How dan ADUN Krian Ali Biju tidak akan menyertai parti tempatan, Parti Bumi Kenyalang (PBK).
 
“Pendirian kami adalah seperti disuarakan oleh Chee How sebelum ini. Kami tetap dalam PKR,” kata Baru hari ini.
 
Pada 3 Oktober lalu, See berkata, tidak ahli PKR berkenaan akan kekal dengan PKR dan Pakatan Harapan.
 
Sebuah akhbar tempatan melaporkan ketiga-tiga ADUN berkenaan telah bertemu dengan pucuk pimpinan PBK bagi membincangkan kemungkinan menyertai parti itu.
 
Khabar angin itu bermula selepas beberapa ahli politik Sabah keluar daripada PKR, DAP dan Umno bagi menyertai parti tempatan yang memperjuangkan hak negeri Sabah.
 
 

Tiada ulasan: