Khamis, 13 Oktober 2016

PAS berdiri kerana prinsip bukan dedak


 
Oleh USTAZ ROSLI ABDUL JABAR


ISLAM bukan macam pakaian, boleh ditukar-tukar mengikut rasa. Asal suka pakai asal tak suka tukar atau buang. PAS akan hilang identiti sebuah jamaah Islam kalau Islam yang menjadi prinsipnya dibuang.

Siapa yang nak PAS tinggalkan prinsipnya, maka dia kena bersedia untuk ditinggalkan oleh PAS. Kalau dia tak bersedia tinggalkan PAS, lama-lama pasti ahli PAS akan keluarkan dia atau dia terkeluar dengan sendiri.

Dengan prinsip ini PAS membina ahli dan jenteranya, jentera PAS bergerak dan berkembang bukan dengan dedak tapi dengan prinsipnya.

Kalau PAS pertahankan prinsipnya, orang yang benci kepadanya akan meninggalkannya tapi kalau PAS khianati prinsipnya orang yang cinta padanya pula akan tinggalkannya.

Biar PAS kehilangan orang yang membenci, tapi jangan kehilangan orang yang mencintai.

Jentera inilah yang siang malam bersengkang mata, mencurahkan peluh, kosongkan poket untuk perjuangkan Islam yang menjadi prinsip perjuangannya.

Jentera yang cinta kepada perjuangan PAS inilah juga yang membantu rakan tahalufnya yang sekarang sedang menubi hinaan dan perlekeh prinsip yang dibawa oleh PAS.

Dengan prinsip ini juga PAS berpencak dihadapan musuh musuh tradisinya BN yang menghalang PAS dari perjuangkan prinsip Islamnya dari dulu hingga kini, tak pernah PAS undur dari pertahankan prinsipnya walaupun musuhnya semakin ramai.

Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang menyerang, menghina, menghalang PAS untuk kehadapan bersama prinsipnya. PAS akan rempuh dan hadapi semua halangan, penghinaan kepada PAS tidak sedikit pun mereputkan semangat perjuangan.

PAS tak reput dek hinaan, prinsip PAS adalah Islam, mana mungkin Islam itu akan reput, selagi PAS tidak khianati prinsipnya, selagi itu ia umpama pohon segar dan rendang yang meneduhkan. Semakin bertunas dan mengeluarkan buah yang manis.

Tiada ulasan: