Selasa, 11 Oktober 2016

Nurul Izzah: Adakah suara kami ini akan terkubur?

Nurul Izzah
Nurul Izzah ketika ditemui di Pejabat SPR Wilayah Persekuan.
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyeru agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terus diperalatkan BN termasuk isu persempadanan semula.

Dakwanya, ini umpama wujud konspirasi tersusun pihak SPR yang direncana bersama BN untuk kalahkan pihak pembangkang.

"Tindakan SPR ini dilihat melanggar telah melanggar Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan.

"Saya melihat, SPR wajib laksana tugas untuk rangka semula persempadanan semula yang mengikut lunas perlembagaan," katanya ketika ditemui di Pejabat SPR Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau bersama 11 lagi ahli parlimen Pakatan Harapan kemukakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya menyangkal dakwaan bahawa kajian itu dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.

Tegasnya, pihaknya telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Tiada ulasan: