Rabu, 12 Oktober 2016

NOH OMAR MUNGKIN BOLEH BANTU POLIS

 shahbudindotcom


Susulan tindakan ganas dan ala samseng yang tercetus dalam pertembungan antara anggota Gerakan Baju Merah dengan peserta jelajah Bersih 5 Sabtu lalu, selain sudah melakukan beberapa tagkapan, pihak polis kini dilaporkan sedang mengesan seorang lelaki bertongkat dan berjanggut yang dikesan berada di tempat kejadian.
 
 
 
 
Kata Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, pihaknya menyedari gambar yang tersebar di media sosial yang memperlihatkan lelaki itu sedang menunjuk ke arah peserta Bersih 5 yang turut diterajang oleh anggota Baju Merah yang lain dalam kejadian tersebut.

Dalam masa yang sama, tersebar juga gambar yang memperlihatkan seseorang yang mirip wajah lelaki berjanggut dan bertongkat itu yang didapati berada bersama-sama Najib Razak, Noh Omar dan Jamal Md Yunus dalam satu majlis sambil memakai baju putih berlogo BN.

Kami sedang menyiasat dan kami ingin menyoal lelaki bertongkat dan berjanggut itu, kata Khalid lagi.

Siapakah lelaki itu? 
 
 
 
 
Mungkin Najib, Noh Omar atau Jamal dapat membantu pihak polis mengenal-pasti identitinya?

Jika kedua-dua gambar itu adalah lelaki bertongkat dan berjangkut yang sama, apakah Noh Omar masih mahu menafikan UMNO tidak terlibat apa-apa dengan Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal? 


Tiada ulasan: