Khamis, 20 Oktober 2016

Murid tahun enam tertusuk gunting di kening

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SABAK BERNAM: Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari di sini berdepan detik mencemaskan apabila sebilah gunting tertusuk pada bahagian kening kanannya ketika sesi persekolahan tengah hari semalam.
 
Utusan Malaysia kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari semasa murid terbabit yang dikenali sebagai Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, 12, mengikuti Program Pasca Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah berkenaan yang terletak di Jalan Raja Chulan, sini.
 
"Kejadian berlaku ketika murid tersebut mengikuti aktiviti Pendidikan Seni sebagai pengisian program selepas UPSR.
 
"Difahamkan, semasa dia hendak ke meja rakannya, dia terjatuh selepas tersadung kaki meja lalu menyebabkan gunting yang dipegangnya tertusuk pada bahagian kening kanannya," lapor akhbar itu.
 
Ibu bapa murid berkenaan sudah dimaklumkan tentang kejadian tersebut manakala laporan bertulis daripada pihak sekolah kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam juga sudah dibuat, lapor akhbar itu lagi.
 
Murid terbabit dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
 
 

Tiada ulasan: