Selasa, 18 Oktober 2016

Mahkamah tolak rayuan Utusan, diarah bayar RM200,000 kepada Anwar

ANTARAPOS.COM
 
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan menolak rayuan Utusan Malaysia bagi mengurangkan jumlah ganti rugi untuk dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Utusan memohon membangkitkan beberapa persoalan undang-undang sama ada sabitan sebelum ini boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah ganti rugi yang harus dibayarnya.
 
Susulan keputusan hari ini, Utusan harus membayar ganti rugi RM200,000 kepada Anwar.
 
Anwar menyaman Utusan dan ketua editornya Datuk Abdul Aziz Ishak pada tahun 2013, berikutan laporan akhbar itu yang memetik wawancara BBC pada 2012, bahawa Anwar menyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
 
Panel tiga anggota diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah menolak permohonan Utusan secara sebulat suara.
 
Utusan juga diarah membayar kos RM10,000.
 


Tiada ulasan: