MALAYSIAKINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Mahkamah Rayuan mengarahkan pendengaran dibuat dalam kes Rosliza
Ibrahim yang mahukan pengisytiharan bahawa dia tidak tertakluk bawah
undang-undang Islam.
Dalam keputusan sebulat suara hari ini, mahkamah memutuskan kes itu akan
diremit semula kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk didengar oleh
hakim berbeza.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang
mempengerusikan panel tiga anggota berkata fakta kes semata-mata tidak
boleh menjadi alasan kepada Mahkamah Tinggi untuk menolak kes itu.
Rosliza, 35, mendakwa menjadi anak luar nikah kepada bapa yang beragama Islam dan ibu beragama Buddha.
Dia berkata dibesarkan sebagai seorang Buddha oleh ibunya manakala bapa kandungnya tidak memberi perhatian kepada kebajikannya.
Dia memohon pengisytiharan tidak tertakluk kepada undang-undang syariah dan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan