MALAYSIAKINI
Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melupakan Wawasan 2020
yang hanya tinggal empat tahun lagi dengan memperkenalkan visi baru
'Transformasi Nasional 2050', soal pemimpin DAP Lim Kit Siang.
"Ia paling mengejutkan bahawa Najib boleh begitu dengan angkuh dan
biadab menolak Wawasan 2020 walaupun dalam bajet tahun lepas, beliau
mengulangi komitmen mencapai Wawasan 2020 dan sasaran status negara
maju.
"Apa telah berlaku kepada Rancangan Malaysia Ke-11 yang Najib
diumumkan di Parlimen pada Mac tahun lepas sebagai 'pusingan terakhir'
dalam mencapai taraf negara maju pada 2020?
"Adakah dia membiarkan Wawasan 2020 dan pusingan terakhirnya?" soal MP Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Lim berkata perdana menteri membayangkan penolakan kepada Wawasan
2020 dengan mengatakan legasi lama perlu berlalu dan ia merupakan
pengakuan bahawa Malaysia gagal mencapai negara maju pada tahun
berkenaan.
Beliau berkata kegagalan ini dan tiada kepercayaan terhadap bajet
berikutan skandal 1MDB merupakan sebab utama pembangkang meninggalkan
parlimen semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan