Selasa, 11 Oktober 2016

Dana AS$3.8b berkaitan 1MDB disalur melalui Falcon Bank

MALAYSIAKINI


Sejumlah kira-kira AS$3.8 bilion (RM15.2 bilion) dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui Falcon Private Bank, yang telah disekat dan ditutup oleh pihak berkuasa Switzerland dan Singapura kerana pengubahan wang haram.

Ini adalah menurut Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) yang menyiasat aktiviti Falcon dengan 1MDB sepanjang tempoh 2012-2015.

"Dana ini pada umumnya bergerak dengan cepat.

"Hubungan perniagaan dan transaksi ditempah i Switzerland dan di cawangan Falcon di Singapura dan Hong Kong adalah luar biasa dan melibatkan tahap risiko yang tinggi untuk bank kedua-duanya melalui sifatnya dan jumlah transaksi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Finma, dana itu termasuk melalui urusniaga AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian.

Pihak berkuasa kewangan itu tidak memberikan butirannya tetapi jumlah itu sepadan dengan AS$ 681 juta yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran ketika itu apabila perkara berkenaan didedahkan pada Julai tahun lalu.

Najib mendakwa wang itu adalah "derma dari Arab" dan AS$620 juta daripada wang itu kemudiannya dikembalikan.

"Falcon gagal menyiasat latar belakang komersial secara terperinci untuk meluluskan transaksi berjumlah AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian melalui akaun-akaun ini walaupun terdapat bukti yang bercanggah.

“Dalam konteks ini, e-mel dalaman Falcon menyatakan: ‘Kami memulakan ini enam bulan lalu dan kini perlu melaluinya semula’," kata Finma.

Finma berkata Falcon juga mempunyai hubungan pelanggan dengan "seorang ahli perniagaan muda Malaysia yang mempunyai kaitan dengan individu tertentu kerajaan Malaysia".

"Bank itu tidak mengesahkan bagaimana individu ini memperoleh aset bernilai AS$135 juta dalam tempoh yang amat singkat atau mengapa sejumlah AS$1.2 bilion dipindahkan ke akaun beliau kemudian hari - urusniaga yang jelas bertentangan dengan maklumat yang beliau berikan semasa membuka akaun itu," katanya.

Tiada ulasan: