MALAYSIAKINI
Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland mungkin memulakan prosiding
jenayah terhadap Falcon Private Bank yang berpangkalan di Zurich susulan
sekatan oleh Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland
atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma).
"Soal memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank Ltd sedang dipertimbangkan, "kata OAG dalam kenyataan.
"Dalam konteks ini, OAG telah meminta Finma untuk menyediakan satu
salinan keputusan untuk menguatkuasakan sekatan dan akan membuat
keputusan sama ada untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon
Private Bank selepas menganalisisnya.”
Finma hari ini mengarahkan Falcon, milik Abu Dhabi International
Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Zurich, untuk
menyerahkan lebih 2.5 juta franc Swiss (RM10.55 juta) dalam apa yang
badan pemantau itu mendakwa sebagai keuntungan haram berkaitan dengan
dana berdaulat Malaysia, 1MDB.
Ia juga berkata telah memulakan prosiding penguatkuasaan terhadap dua
bekas eksekutif Falcon, tetapi tidak menyatakan nama mereka.
Sebelum ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) pula mengarahkan
Falcon untuk menghentikan operasinya kerana "kurang persefahaman
berterusan" berhubung kawalan pengubahan wang haram di republik itu.
MAS juga mendenda pemberi pinjaman tempatan DBS Bank dan UBS AG
berhubung kesilapan dalam tindakan besar-besaran ke atas entiti yang
berurusan dengan 1MDB.- Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan