Jumaat, 30 September 2016

Mahkamah tetapkan 6 Disember pengurusan kes rasuah Guan Eng

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Disember ini bagi pengurusan kes, lanjutan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
 
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan dokumennya yang dalam jumlah banyak dan menyerahkan kepada pasukan pembelaan dan mahkamah.
 
Hadhariah berkata beliau tidak mahu kes itu tertangguh.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud dan Mohd Dusuki Mokhtar. Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Phang.
 
Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
 
Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.
 
Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai, 2014.
 
Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
 
Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.
 
Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya. Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town, pada 28 Julai 2015, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Bekas pemilik banglo itu, Phang turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan pada tarikh sama.
 
Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
 

RUU 355: PAS bidas Mufti Pulau Pinang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa Rang Undang-undang 355 tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia, dilihat seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu.
 
Sambil membidas kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebaliknya berkata, usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bagi menegakkan perintah Allah.
 
"Apa kehendak Allah? Kehendak Allah ialah RUU ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan syariat Allah.
 
"Adakah selama ini dengan Akta 355 yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah menghukum pesalah syariah hanya sekadar 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan itu bertepatan dengan syariah?
 
"Adakah mufti memperakui perkara ini? Adakah mufti bersetuju Akta 355 ini bertepatan dengan syariah?," kata Khairuddin yang dipetik sebuah portal.
 
Semalam, Wan Salim meminta mana-mana pihak agar tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengan usul Hadi yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
 
Wan Salim berkata, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.
 
"Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, tetapi RUU 355 hanyalah satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia," petik kata mufti itu semalam.
 
 

Saksi wanita kes bunuh Kevin Morais didakwa beri keterangan palsu

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang saksi wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi, Selasa lalu.
 
S Yogeswari, 37, yang merupakan saksi ke-37 pendakwaan dalam kes pembunuhan itu, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor.
 
Yogeswari, didakwa memberi keterangan palsu semasa memberi keterangan sebagai saksi dalam prosiding perbicaraan jenayah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah seperti dalam Lampiran B (Lampiran keterangan palsu) yang mana dia (tertuduh) mengetahui keterangannya adalah palsu.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Tinggi 1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada 11 pagi, 27 September lalu.
 
Lampiran B itu merujuk kepada keterangan Yogeswari mengenai kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton bernombor PEP 1135 miliknya yang didakwa digunakan untuk melanggar kenderaan dipandu Kevin Morais.
 
Dalam keterangannya sebelum ini, wanita itu memberitahu mahkamah bahawa pada 2 Ogos 2015 sehingga 11 September 2015, kenderaan itu ada bersamanya pada setiap malam, pada tarikh tersebut.
 
Keterangan itu bercanggah dengan keterangan yang diberikannya kepada Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah, Inspektor M Vasu pada 27 September 2015, iaitu kenderaan tersebut tidak ada bersamanya tetapi seorang lelaki bernama Selvam menyimpan kenderaan itu sepanjang masa pada tarikh tersebut.
 
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
 
Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Izzat Fauzan menawarkan wang jaminan RM10,000 dan memohon mahkamah membenarkan jaminan yang tidak terlalu rendah mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh selain bagi menjamin kehadirannya ke mahkamah.
 
Peguam V Rajehgopal yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh merupakan ibu tunggal yang telah ditinggalkan suami dan mempunyai pendapatan yang rendah.
 
"Tertuduh beri kerjasama yang baik kepada pihak polis, tertuduh juga bersedia menerima syarat tambahan jika ditetapkan mahkamah," kata peguam itu yang juga merupakan peguam kepada dua tertuduh yang terlibat dalam kes pembunuhan Kevin Morais.
 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 November untuk sebutan semula kes.
 
 

Kerjasama boleh dicapai jika pembangkang terima Gagasan Sejahtera - PAS Kelantan

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kerjasama PAS bersama parti-parti pembangkang yang lain hanya boleh dicapai sekiranya mereka menerima Gagasan Sejahtera, tegas seorang pemimpin PAS Kelantan.  
 
Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata demikian mengulas gesaan beberapa parti politik pembangkang yang mahu PAS turut 'bersama' dalam usaha menentang Umno-Barisan Nasional (BN) dengan mewujudkan pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
Gagasan Sejahtera adalah blok baru yang dianggotai PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa). 
 
"Jika semua sepakat dan menerima Gagasan Sejahtera, ia akan menjadi tindakan berjaya. Jika mereka tidak terima, maka tak boleh bersama. 
 
"Kita tidak pernah tutup ruang perbincangan. Jika ia benar berlaku, maka ia satu langkah positif, langkah yang baik," ujarnya kepada Antarapos, hari ini.
 
Sebelum ini PKR dan DAP menyuarakan gesaan mereka terhadap PAS supaya bersatu dalam usaha mengalahkan Umno-BN supaya tidak berlakunya pertandingan tiga penjuru.
 
Bagaimanapun langkah itu kurang disenangi PAS memandangkan ia secara langsung 'menjalin' kerjasama dengan Amanah, yang merupakan parti serpihannya.
 
Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP terkubur tahun lalu ekoran perbalahan berterusan PAS dengan DAP yang enggan bersetuju bersabit dasar Islam yang dibawa PAS.
 
Hingga kini, PAS hanya mengekalkan tahaluf siyasinya dengan PKR, berdasarkan pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.
 
Kerjasama PAS dan pembangkang dikatakan akan digerakkan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),  Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal berkongsi pentas dengan beberapa pimpinan tertinggi PAS di Kuala Terengganu esok.
 
Diajukan hal itu, Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan menyifatkan ia perkara yang baik dalam tujuan memastikan pembangkang tidak bertembung kerusi sesama mereka.
 
"Yang kita bincang sekarang adalah untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN. 
 
Muhyiddin sebelum ini menyatakan keyakinannya mampu menjadi pengikat agar PAS bersama pembangkang dalam usaha mengelakkan pertandingan tiga penjuru pads PRU14.
 
Menerusi Program 'Himpunan Harapan Semua' di Terengganu esok, Muhyiddin akan bersama bersama Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali.
 
 

Kegigihan Chegubard menguji kekuatan moral PKR

Oleh Lokman Ramlee
Post Pic
 
 
[ULASAN] Badrulhisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard bukan lagi ahli PKR. Surat terakhirnya kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meminta penjelasan pemecatannya tidak berjawab.
 
Bagaimanapun ini nampaknya tidak menggusarkan aktivis politik yang mendakwa pernah termasuk dalam kumpulan pembuat dasar atau “duduk dalam kelambu” parti itu. 
 
Chegubard terus menegur dan membidas apa yang dilihatnya tidak kena dengan parti diasaskan untuk melakukan reformasi terhadap sistem hidup di negara ini.
 
Dalam kenyataan medianya yang mutakhir, Chegubard mengingatkan betapa herotnya sikap dan pendirian politik pimpinan PKR.
 
Beliau mendakwa apabila Datuk Seri Shafie Apdal keluar Umno kerana mengkritik isu1MDB dan derma RM2.6 billion yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, maka pimpinan PKR menyambutnya bagai seorang wira. 
 
“Ini amat pelik dan penuh hipokrasi kerana bila saya sendiri bercakap soal korupsi Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR saya dipecat dan dituduh memburukkan imej parti dan memecah-belahkan parti,” katanya. 
 
Lantas Chegubard mempersoalkan di mana dan apakah bezanya PKR dengan Umno dalam perkara ini?
 
Namun kecenderungan meraikan Shafie Apdal sebenarnya merugikan, malah membawa bala politik kepada PKR sendiri.
 
Ia sekaligus mempamerkan betapa penilaian dan bacaan politik PKR dangkal. Mereka seolah-olah rabun akan natijah politik isu berkenaan kerana sibuk meraikan sesiapa sahaja yang memusuhi musuhnya iaitu Umno.
 
“Antara hujahnya konon Shafie akan membawa lari orang-orang Umno keluar dan Umno khususnya di Sabah akan lumpuh.
 
“Minggu lepas Shafie mengumumkan menubuhkan parti, belum pun apa-apa lagi bukan orang Umno keluar parti tetapi ADUN PKR diculik Shafie,” kata Chegubard.
 
Chegu Bard membidas sebagai pelik sikap Presiden PKR memuji tindakan ADUN yang menjadi Naib Presiden lantikan PKR itu sebagai ‘betul’ dan menyertai parti tempatan Sabah kononnya bagi menumpukan isu tempatan. 
 
“Ini secara tidak langsung mengiktiraf tindakan tersebut dan membayangkan Keadilan gagal bertindak sebagai parti Sabah.
 
“Terkini dalam masa terdekat beberapa lagi ADUN dan pimpinan PKR Sabah akan umum bersama parti Shafie dan dijangka PKR pula akan lumpuh di Sabah,” katanya.
 
Chegubard terkenal dengan aktiviti membongkar pelbagai skandal dan isu yang dianggapnya merugikan rakyat dan maklumat yang diperolehinya kali ini menunjukkan PKRlah yang terkesan sikap pimpinan tertingginya. 
 
Yang lebih menggusarkan Chegubard ialah “penghijrahan” beberapa pemimpin PKR Sabah ke parti Shafie itu didorong oleh dedak yang ditabur beberapa tokoh korporat negeri itu. 
 
Jika maklumat itu benar bermakna segala tuduhan PKR terhadap penyokong-penyokong tegar Umno yang didakwa mudah diumpan dedak sebenarnya adalah masalah yang sama dihadapi PKR di Sabah kini.
 
“Ini penting kerana benar perubahan perlu ‘diasak’ tetapi adakah perubahan yang dicitakan boleh dicapai dengan cara begini? Jangan sampai lari dari mulut harimau masuk mulut buaya...,” kata Chegubard.
 
Beliau juga mendakwa bahawa ada pimpinan PKR yang menghubunginya supaya beliau tutup mulut dan menerima pemecatannya dari parti itu.
 
“Saya diam. Namun keadaan tidak berubah. Kartel Azmin menyerang saya dengan fitnah termasuk fitnah seks yang jijik (contohnya oleh AMK PJS).
 
“Malah terbaru ada yang menghubungi keluarga saya kononya mereka ada bukti kerana mereka memasang penyiasat pensendirian mengekori saya. 
 
“Itu belum lagi beberapa teman yang rapat dengan saya diugut dengan pelbagai cara agar menjauhi saya. Perangai pemimpin seperti ini lebih buruk dan jijik dari pemimpin Umno,” katanya.
 
Chegubard adalah termometer moral PKR. Bagaimanapun adalah agak jelas pimpinan PKR tidak selesa kehadiran dan fungsi yang dimainkannya dalam parti hingga sanggup memecat keahliannya. 
 
“Presiden PKR di bawah kawalan dan tekanan kartel Azmin yang boleh memuji tindakan ADUN keluar PKR, wajib menjawab surat saya. 
 
“(Dalam) 48 jam jika tidak mendapat jawapan jangan salahkan saya kerana membuat aduan polis berkenaan tandatangan palsu dan laporan ROS juga. 
 
“Saya tegaskan saya bercakap soal keadilan terhadap diri saya yang bercakap mendedahkan berkenaan korupsi Azmin yang saya buktikan, adakah ia salah?,” katanya.
 
Kenyataan media berkenaan dibuat pada Selasa, 27 September lalu. Ini bermakna besar kemungkinan, Chegu Bard sudahpun ke balai polis membuat laporan perihal tandatangan palsu digunakan pegawai PKR dalam pengurusan kes pemecatannya.
 
 

Agamawan patut sokong, bukan politikkan RUU 355

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
  
SHAH ALAM: Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak perlu dipolitikkan kerana ia jelas merupakan satu usaha bagi memartabatkan agama Islam.
 
Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad berkata, sokongan daripada semua pihak amat diharapkan apatah lagi daripada golongan agamawan.  
 
"Kita harapkan supaya semua golongan agamawan memberikan sokongan kerana ini adalah untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah.
 
"Perkara yang baik perlu disokong, tidak perlu dipolitikkan," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa RUU 355 tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia.
 
Wan Salim dalam kenyataannya semalam juga meminta mana-mana pihak agar tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengan usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda akta berkenaan.
 
Menurut Wan Salim lagi, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.
 
Enggan mengulas lanjut, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut bersetuju dengan padangan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyangkal kenyataan mufti berkenaan.
 
Mohd Khairuddin dalam reaksinya menyifatkan kenyataan Wan Salim seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu.
 
Malah beliau sebaliknya berkata, usul yang bakal dibawa  Hadi pada sidang Dewan Rakyat akan datang adalah bagi menegakkan perintah Allah. 


Pakatan Harapan Bakri bantah persempadanan semula

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Anggota Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri menunjukkan persempadanan baru pilihan raya yang dicadangkan SPR.Anggota Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri menunjukkan persempadanan baru pilihan raya yang dicadangkan SPR.


Pakatan Harapan Parlimen Bakri, Johor mewujudkan pasukan khas bagi melaksanakan bantahan persempadanan semula kawasan pilihan raya P.145 Bakri.

Mereka mendakwa, dalam cadangan suruhanjaya pilihan raya (SPR), N.12 Bentayan akan mempunyai jumlah pengundi sebanyak 27,056 orang, N.12 Simpang Jeram (25,383) dan N.14 Bukit Naning (16,848 orang).

Dalam cadangan ini juga, SPR telah memindahkan Daerah Mengundi Bukit Treh dari N.12 Bentayan ke N. 08 Bukit Pasir dan juga memasukkan Daerah Mengundi Bandar Barat dari N. 15 Maharani ke dalam N. 12 Bentayan.

Menurut perenggan 2 (C) Bahagian 1, Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan, jumlah bilangan pengundi setiap konstituensi dalam satu negeri mestilah lebih kurang sama.

Johor mempunyai jumlah pengundi sebanyak 1,649,131 orang. Ini bermakna secara purata setiap Bahagian Pilihan Raya Negeri adalah sebanyak 29,500 orang setiap kawasan.

Menurut Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri Ahmad Anwar Asyraf, tindakan SPR ini telah menjadikan komposisi demografi pengundi di dalam N.12 Bentayan tidak seimbang dan seolah-olah mempunyai motif untuk menjadikan N.12 Bentayan sebuah konstituensi yang dimonopoli oleh kaum Cina.

Justeru katanya,  pasukan khas ini akan bertemu dengan pengundi-pengundi berdaftar di setiap kawasan Dewan Undnagan Negeri (Dun) dalam Parlimen Bakri untuk memberikan penerangan.

“Pasukan khas ini juga akan mendapatkan 100 orang pengundi yang berdaftar dalam senarai pemilih menandatangani surat bantahan yang akan dikemukakan kepada SPR sebelum 14 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, sesiapa yang ingin menyuarakan bantahan dan menandatangani surat bantahan ini boleh hadir ke Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, 22A-1, Jalan Hashim, 84000 Bandar Maharani Bandar DiRaja, Muar, Johor atau menghubungi petugas yang dipertanggungjawabkan mengikut kawasan seperti berikut:

Chua Wee Beng (kawasan N.12 Bentayan): 012-680 1612

Hussein Ibrahim (kawasan N.13 Simpang Jeram): 013-263 5880

Khidir Ismail (kawasan N.14 Bukit Naning): 011-3387 1813

Beliau turut memberitahu, ketiga-tiga parti iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) Parlimen Bakri, DAP Parlimen Bakri dan Parti Keadilan Rakyat Parlimen Bakri telah bersetuju untuk menubuhkan Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri.

Sekretariat ini akan beroperasi di Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, No. 22A-1, Jalan Hashim, 84000 Bandar Maharani Bandar DiRaja, Muar.

Ahmad Anwar yang juga pegawai khas Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan telah dilantik sebagai Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri.

Rasuah: Inspektor polis sarat mengandung dipenjara dua tahun

BERNAMA
 
 
Rasuah jika tidak dibendung menjadi barah masyarakat.Rasuah jika tidak dibendung menjadi barah masyarakat.


Seorang pegawai polis wanita yang sarat mengandung menangis teresak-esak selepas dihukum penjara dua tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini akibat bersetuju menerima rasuah RM4,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran terhadap pembebasan Inspektor Suriati Mohd Shafie, 35, yang hamil sembilan bulan, daripada pertuduhan itu.

Selepas mendengar keputusan itu Suriati menangis teresak-esak dan dia kemudiannya ditenangkan oleh rakan-rakan wanitanya.

Ab Karim berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Nasir Nordin, telah terkhilaf semasa membuat keputusan di akhir kes pembelaan yang melepas dan membebaskan Suriati pada 23 Jan 2015.

Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara dua tahun itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan selesai dan membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata rasuah adalah kesalahan serius terutama bagi mereka yang menjaga keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang kerana melibatkan amanah dan integriti bukan sahaja kepada seseorang bahkan kepada jabatan dan masyarakat.

"Sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor yang menjalankan penyiasatan, kamu seharusnya memegang amanah untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti, malangnya, kamu tidak berbuat demikian.

"Kesalahan rasuah jika tidak dibendung akan menular seperti kanser dan akan melumpuhkan pentadbiran negara," katanya.

Terdahulu, peguam G. Subramaniam Nair yang mewakili Suriati selaku responden, merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya sedang mengandung sembilan bulan selain mempunyai dua anak yang masih kecil.

Suriati yang berkhidmat 10 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa bersetuju menerima rasuah RM4,000 daripada Nurullizean Yahya sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya, Tchouanseu Tchounga Armand, warga Cameroon yang disyaki terlibat kes samun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bilik pejabat Tingkat 3, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Balai Polis Petaling), antara 8.30 malam dan 9.30 malam pada 22 Jan 2013.

Pegawai polis itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Sementara itu mahkamah turut memerintahkan Suriati membela diri terhadap satu lagi pertuduhan meminta suapan RM6,000 daripada Nurullizean sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya itu pada 1 tengah hari, di tempat dan hari sama, mengikut Seksyen 16(a)(B) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Seorang lagi pegawai polis ASP S. Ravintharan, 53, yang turut didakwa bersama-sama Suriati bagi pertuduhan bersetuju menerima rasuah di tempat dan tarikh sama, antara 8.30 malam dan 9.30 malam juga diarah membela diri.

Ravintharan selaku responden yang diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent sebelum ini turut dilepaskan dan dibebaskan.

Mahkamah menetapkan 6 Okt untuk Suriati dan Ravintharan membela diri.

Polis kesan individu buat ancaman bom Bursa Malaysia

BERNAMA
 
 
Bursa MalaysiaBursa Malaysia


Polis sedang mengesan orang yang bertanggungjawab membuat ancaman bom palsu di bangunan Bursa Malaysia Berhad dan Kuil Kortumalai Sri Ganesar di Jalan Pudu Lama di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata seorang petugas pejabat keselamatan Bursa Malaysia telah menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali yang memaklumkan akan berlaku letupan di kedua-dua lokasi berkenaan selepas solat Jumaat.

"Susulan itu, pekerja itu bersama rakan setugas datang membuat laporan polis dan kami menghantar Unit Pengesan Bom serta Unit Anjing Pengesan di kedua-dua lokasi tersebut namun tiada bom dijumpai.
"Selepas kira-kira tiga jam membuat pemeriksaan, polis mengesahkan bahawa panggilan bom ini adalah palsu," katanya, dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
Tinjauan Bernama pada 1.30 tengah hari mendapati pengurusan kuil berkumpul di luar bangunan itu sementara polis melakukan pemeriksaan dalam kuil.

Di luar bangunan Bursa Malaysia pula, kira-kira 1,000 orang termasuk kakitangan Bursa Malaysia, Bank HSBC dan Astro Awani berkumpul kira-kira 1 kilometer dari bangunan itu.

Pada pukul 3.23 petang polis mengesahkan tiada sebarang objek mencurigakan ditemui dan bangunan itu selamat.

Kakitangan bangunan itu mula menjalankan operasi mereka seperti biasa selepas pengumuman itu dan kuil meneruskan upacara sembahyang seperti biasa.

Khamis, 29 September 2016

Bajet 2017: Usah korbankan dana pendidikan

ARIF ATAN
 
 
Hafiz HabilHafiz HabilPemuda Amanah Wilayah Persekutuan mendesak Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan agar tidak lagi mengorbankan peruntukan pendidikan seperti yang berlaku pada Bajet 2016.

Ketuanya, Mohd Hafiz Habil berkata, pendidikan rakyat tidak wajar diperjudikan dan dikorbankan walaupun dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.

“Jika Perdana Menteri mendakwa beliau telah menerima 8,352 cadangan rakyat berhubung dengan Bajet 2017, maka saya pasti tidak ada satu pun yang menyokong pengurangan bajet bagi pendidikan,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengimbas dana untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Bajet 2016 lalu, beliau berkata, pemotongan peruntukan sebanyak RM 1.4 billion mengakibatkan prospek masa hadapan negara terjejas.

“Hal ini sudah tentu menjejaskan kualiti pendidikan anak muda. Dalam keadaan biasiswa yang sangat terhad, mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meminjam dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

“Apa yang mengecewakan PTPTN kini hanya memberikan pinjaman bagi membayar yuran pengajian semata-mata, manakala wang sara hidup terpaksa dicari sendiri oleh seseorang mahasiswa.

“Bagi mahasiswa yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan tinggi, perkara tersebut tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan mahasiswa yang ibu bapanya miskin dan mempunyai pendapatan rendah?” soalnya.

Mengulas lanjut kesan pemotongan dana bagi pengajian tinggi, Hafiz menceritakan tentang kisah yang benar-benar berlaku melibatkan mahasiswa di sebuah universiti di Lembah Kelang yang tidak dapat menghadiri kelas pengajian kerana terpaksa bekerja bagi menyara hidup.

PAS sedia kerjasama dengan pembangkang kecuali DAP, Amanah

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS bersedia mengadakan perbincangan untuk menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti dalam blok pembangkang, termasuk parti baru yang diasaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Bagaimanapun Ketua Dewan Ulamanya Datuk Mahfodz Mohamed berkata, PAS menolak untuk berbincang, apatah lagi bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
 
"Dulu DAP yang  singkirkan kita, lepas itu PAS dalam muktamar putuskan hubungan dengan DAP. Kerana DAP memang menentang Islam berterusan, presiden kita (PAS) dah tegaskan tidak akan bekerjasama dengan DAP.
 
"Begitulah juga dengan Amanah. Amanah itu merupakan parti yang kecewa dengan PAS. Kita juga anggap (mereka) mengkhianati perjuangan PAS. Maka ketika ini kita memang tidak akan bekerjasama dengan kedua parti.
 
"Tapi yang lain, kita boleh berbincang. Macam sekarang dengan IKATAN. Mungkin dengan parti baru Bersatu (PPBM), walaupun kita belum membuat keputusan. 
 
"Tetapi itulah dasarnya, mana-mana parti yang nak kita bersama, mestilah syarat utamanya (dan) menerima dapat bersama-sama memahami perjuangan Islam. Jangan masuk campur, walaupun dia tak suka, diam sajalah," tambah Mahfodz.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan kerjasama parti itu bersama blok pembangkang.
 
Tuan Ibrahim membayangkan bahawa parti itu tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan parti pembangkang yang lain, terutama PKR dan DAP.
 
Ini kerana katanya, mereka sering menyerang dan memfitnah presiden dan PAS tetapi mahu menjalin kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
Sebaliknya parti itu mahu memperkukuhkan blok Gagasan Sejahtera. 
 
Menurut Mahfodz lagi, kesediaan PAS untuk berbincang dengan blok pembangkang ketika ini adalah kerana transformasi yang dibuat parti itu dalam kaedah politiknya yang mengamalkan kematangan dan kesejahteraan.
 
Kita sekarang ini mempunyai kaedah yang baru dalam politik ini, berdasarkan kepada politik matang dan sejahtera. Kita boleh bekerjasama dengan mana-mana parti politik khususnya yang menyokong untuk mendaulatkan Islam," ujarnya.
 
 

Pengarah JKR Melaka didakwa kes rasuah, pengubahan wang haram

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MELAKA:  Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima suapan  dan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1.28 juta.
 
 Tertuduh yang berusia 56 tahun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
 
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, penjawat awam itu didakwa melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM1,088,332.08 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613). 
 
Jika sabit kesalahan, tertuduh yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai aktiviti haram itu atau mana yang lebih tinggi. 
 
Bagi pertuduhan empat hingga 16, Khalid didakwa menerima suapan sebanyak RM196,200 sebagai upah kerana melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal. 
 
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika didapati bersalah.
 
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di sekitar daerah Melaka Tengah antara Mac 2014 sehingga Ogos lalu.
 
Mahkamah membenarkan Khalid diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.  
 
Kes itu disebut semula pada 4 November depan.
 
 

Persempadanan semula: S/U agung komponen BN bincang hari ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) hari ini mengadakan perjumpaan bersama semua setiausaha agung parti komponen bagi membincangkan mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perjumpaan ini mahu memberitahu setiausaha agung parti komponen menyerahkan usul bantahan kepadanya sebelum dikemukakan kepada SPR.
 
"Saya akan beri tempoh mungkin sehingga Selasa (depan) untuk menyerahkan segala ketidakpuasan hati mereka," katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutupan pertandingan menghias dan persembahan kelas bersempena bulan kemerdekaan sekolah-sekolah Putrajaya 2016, di sini.
 
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
 
Semua pihak diberi masa selama sebulan sehingga 14 Oktober untuk mengemukakan bantahan masing-masing.
 
Mengulas laporan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin dicadangkan sebagai calon perdana menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata ia tidak akan menjadi kenyataan kerana pembangkang tidak akan menang pada pilihan raya itu.
 
"Biarkan mereka bermimpi," katanya ringkas.
 
Cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menamakan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri ketika menjawab soalan hadirin dalam ceramahnya di University of London, baru-baru ini.
 
 

Mesyuarat persempadanan SPR, BN belum capai kata putus

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memberikan beberapa cadangan penambahbaikan berkenaan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) baru-baru ini.
 
Bercakap kepada pemberita, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, partinya sudah mengemukakan justifikasi bantahan dan cadangan mereka dalam mesyuarat bersama setiausaha-setiausaha agung BN hari ini.
 
Walau bagaimanapun, beliau tidak menerangkan secara terperinci berkenaan cadangan yang bakal dikemukakan kepada SPR sebelum tarikh akhir pada 14 Oktober depan.
 
"Lantaran itu kita juga dah sedia dengan semua maklumat yang ada tentang bantahan dan cadangan, kami berdua dah bentangkan pada Ku Nan apa cadangan mana yang kita nak bantah supaya ia dapat diperinci oleh pihak BN. 
 
"Antaranya apa prinsip kita patut pegang. Mana-mana kawasan yg kita rasa kurang tepat atau mungkin ada cadangan penambahbaikan berdasarkan justifikasi yg telah kita tetapkan. Saya rasa kita kena bicarakan perkara ini dgn terperinci," katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn hari ini.
 
Sementara itu Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng, ketika ditemui memaklumkan bahawa mesyuarat yang sama akan diadakan pada Rabu depan untuk perbincangan selanjutnya sebelum menulis bantahan secara rasmi.
 
Tambahnya, akar umbi akan dimaklumkan tentang perbincangan hari ini dan akan membentangkan cara penyelesaiannya pada minggu hadapan.
 
"Akan terus berbincang selewatnya minggu depan pada Rabu dan kita akan mengadakan satu lagi mesyuarat di sini.
 
"Itu belum lagi peringkat terakhir, sebab tarikh terakhir adalah 14 Oktober jadi sebelum itu kita perlu segala persiapan akan turun ke kawasan dan akar umbi untuk meninjau pendirian mereka dan kembali suarakan dalam mesyuarat," katanya.
 
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan, kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
 
Semua pihak diberi masa selama sebulan sehingga 14 Oktober untuk mengemukakan bantahan masing-masing.
 
 

Isu kerusi: PAS boleh tolak ansur dengan PPBM tapi bukan Amanah

Oleh Azizul Osman
Post Pic
KUALA SELANGOR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sallehen Mukhyi melahirkan keyakinan parti itu akan membuka pintu rundingan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun jelasnya, rundingan itu termaktub kepada kerusi-kerusi sedia ada yang dimiliki oleh PPBM sahaja.
Manakala Amanah pula, beliau menyerahkan kepada PKR dan DAP untuk memberikan kerusi masing-masing kepada parti serpihan PAS itu, dan bukannya menagih kerusi mereka.
"Bersatu (PPBM) saya fikir tidak akan bertanding dikerusi milik mereka sahaja. Jadi saya fikir kita boleh bincang dengan Bersatu (PPBM) sahaja kalau bertindih dengan kerusi PAS bertanding. Tetapi persoalannya yang tidak ada kerusi sekarang adalah PAN (Amanah).
"Jadi masalah PAN (Amanah) ini kita sudah serahkan kepada DAP dan PKR untuk beri laluan kepada PAN (Amanah) untuk bertanding. Itu terpulang kepada mereka apa hendak buat dengan PAN (Amanah) ini?," katanya dalam sesi temubual eksklusif bersama Antarapos.
Malah beliau berkata, soal pertandingan satu lawan satu untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadi masalah kerana parti masing-masing mempunyai kerusi tersendiri. 
Tetapi ujarnya, masalah pertindihan kerusi ini wujud disebabkan Amanah tidak memiliki sebarang kerusi, dan mahu merampas kerusi PAS. 
"Sekarang ini kalau hendak satu lawan satu, tidak ada masalah PAS boleh bertanding di kerusi PAS, DAP bertanding di kerusi milik mereka, dan PKR sama di kerusi milik mereka," katanya.
Rakyat lebih kenal logo PAS
Mengulas mengenai seruan supaya pembangkang bersatu di bawah satu logo yang sama pada PRU akan datang, Sallehen berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) tidak menggunakan logo yang sama tetapi tetap mendapat sokongan rakyat.
Tetapi ujarnya, terpulang kepada keputusan pimpinan Pusat untuk menentukan perkara ini.
"Saya fikir kalau kita tidak bersatu di bawah satu logo pun tidak ada masalah yang besar sangat. 
"Rakyat lebih kenal logo PAS sekarang berbanding kita nak perkenalkan logo yang baru.
"Cuma kalau hendak bernaung di bawah satu logo, kita serahkan kepada parti untuk memutuskan samada PAS perlu bertanding di bawah satu logo dan menerima logo yang dicadangkan. 
"Kalau PAS terima logo ini bererti kita menerima prinsip kebersamaan dalam pakatan parti pembangkang," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini mencadangkan kepada parti-parti pembangkang agar bernaung di bawah satu logo untuk tidak mengelirukan rakyat dengan penggunaan logo pada kertas undi yang berbeza-beza mengikut parti-parti politik pembangkang pada PRU14 akan datang.
Cadangan itu disambut baik PKR, Amanah dan DAP yang menyifatkan penggunaan satu logo akan memberikan kelebihan kepada pembangkang dan mampu untuk menyatukan parti-parti pembangkang yang kini berpecah.

Pelajar Malaysia hilang di Paris selamat

SINAR HARIAN


Nur Shakinah Naim
Nur Shakinah Naim dilaporkan tidak pulang sejak Jumaat lalu.


SHAH ALAM - Nur Shakinah Naim, 19 yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak Jumaat lalu disahkan selamat oleh bapanya, Naim Awang, 46.

Menurut laporan sebuah portal berita tempatan, Nur Shakinah disahkan selamat selepas pulang ke rumah sewanya di Rouen, Perancis.

Sebelum ini, Naim Awang dari Kampung Masjid, Tikam Batu dijadualkan ke Paris semalam bagi mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan kes dengan pihak berkuasa Perancis.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pelajar hilang akan ke Perancis]

Nur Shakinah dilaporkan keluar dari rumahnya sehelai sepinggang, selepas bapanya menerima panggilan dari Kedutaan Malaysia di Perancis Isnin lepas.

Selasa, 27 September 2016

UM nafi beri anugerah pada Azizan Osman

UM nafi beri anugerah pada Azizan Osman
Perkongsian yang dimuatnaik oleh laman Facebook University of Malaya, hari ini.


SHAH ALAM - Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan telah memberikan anugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor (PhD) Keusahawanan kepada Azizan Osman selepas isu berkenaan kecoh di media sosial.

"Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman," dipetik dari perkongsian di laman Facebook University of Malaya.

Azizan Osman atau 'Dr Azizan' sebelum ini didakwa telah melahirkan jutawan baru melalui program-program yang beliau kendalikan.


Zika: KKM beri input kepada Majlis Fatwa

SINAR HARIAN
Zika


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan membentangkan input perubatan dan saintifik mengenai virus Zika, termasuk insiden jangkitan kepada ibu mengandung, kepada Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, kata Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.   

Beliau berkata tiada keputusan muktamad berkaitan pendirian pengguguran bayi bagi ibu dijangkiti virus Zika dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Mengenai Zika dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang turut disertai Majlis Fatwa.
 
"Buat masa ini, Kementerian Kesihatan akan meneruskan dasar sedia ada berhubung jangkitan Zika," katanya ketika ditanya pemberita mengenai mesyuarat Kementerian Kesihatan bersama Majlis Fatwa dan beberapa agensi berkaitan semalam.  

Ditemui selepas menghadiri Persidangan Pelan Tindakan Kesihatan Alam Sekitar Kebangsaan di sini hari ini, Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan diwakili Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Chen Chaw Min pada mesyuarat mengenai Zika itu.  

Laporan sebelum ini menyebut Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa berhubung pendirian bersama mengenai pengguguran bagi ibu yang dijangkiti virus zika yang boleh menyebabkan bayi dijangkiti mikrocephali dan mengalami kecacatan.

Kabinet sebelum ini mengarahkan Kementerian Kesihatan membincangkan perkara itu dengan Majlis Fatwa bagi mendapatkan konsensus kebangsaan tentang bagaimana untuk mengendalikan isu tersebut.  

Setakat ini, hanya Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa ibu mengandung yang dijangkiti virus Zika dibenarkan melakukan pengguguran.   

Undang-undang sedia ada di negara ini pula hanya membenarkan pengguguran jika ia mendatangkan risiko kepada nyawa ibu.   

Sehingga semalam, kes jangkitan Zika di negara ini kekal enam dengan satu daripadanya melibatkan wanita mengandung di Johor Bahru. - Bernama


Tinjauan: Hanya 25% penyokong BN tidak mahu MO1 ditangkap

53% orang Melayu yang ditinjau mahu MO1, yang dikaitkan kepada Najib Razak, dikenakan tindakan.


bn_mo1


SHAH ALAM: Sebahagian besar penyokong BN di Selangor mahu Malaysian Official 1 (MO1) dikenakan tindakan undang-undang, menurut tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE).

Hanya sebilangan responden – tidak melebihi 15% – tidak setuju MO1 dihadapkan ke muka pengadilan.

Penemuan itu merentasi 3 kaum utama yang terbabit dalam tinjauan di 56 kawasan pilihan di Selangor melibatkan 1,761 pengundi daripada 26 Ogos hingga 30 Ogos.

Secara keseluruhannya, 40% responden mahu MO1 dikenakan tindakan, 35% tidak pasti manakala 25% lagi memberi jawapan tidak.

“Berdasarkan jumlah kaum, Melayu 53% sokong, 33% tidak pasti dan 14% tidak setuju; manakala Cina 60% sokong, 30% tidak pasti dan 11% tidak setuju; dan India 46% sokong, 39% tidak pasti dan 15% tidak setuju,” kata Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Mohamad Redzuan Othman.

mo1bn


Beliau mengumumkan penemuan itu di sesi pembentangan kaji selidik tinjauan IDE: Isu dan Persepsi Pengundi Selangor di Hotel Carlton di sini hari ini.

Disebut dalam tuntutan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), sesetengah pihak mengaitkan identiti MO1 kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

MO1 disebut sebagai ahli keluarga Riza Aziz, yang dinamakan dalam tuntutan untuk merampas US$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan dan disalur ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong.

DoJ mendakwa lebih US$3.5 bilion dilencongkan daripada 1Malaysia Developed Berhad (1MDB), yang diasaskan Najib pada 2009 selepas menjadi perdana menteri. Riza adalah anak tiri Najib.

mo1bn2

Tinjauan yang sama mendapati 45% responden berpandangan BN tidak akan dapat pertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Najib terus memimpin gagasan itu.

Hanya 29% berpendapat BN mampu bertahan manakala 26% lagi tidak pasti.

IDE dalam huraiannya berkata pakatan pembangkang persekutuan boleh menjadikan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai ‘modal’ menyerang BN, kerana 66% responden menolak pelaksanaan cukai itu.

Tinjauan mendapati 66% responden berpendapat isu GST dan kenaikan harga barang akan mendorong pengundi menyokong pembangkang, manakala 17% lagi tidak bersetuju dan tidak pasti.

Muhyiddin ceramah di pentas PAS

N Faizal Ghazali


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tampil di atas pentas PAS buat julung kalinya pada 1 Oktober ini.

Sempena program Himpunan Harapan Semua anjuran PAS Terangganu itu, Muhyiddin dijadual menyampaikan ceramah bersama Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Penampilan Muhyiddin di program PAS itu menarik perhatian selepas tersebarnya poster menampilkan anggota Parlimen Pagoh itu bersama pimpinan PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perkara itu juga disahkan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Saiful Bahri, Muhyiddin dijemput atas kapasiti bekas timbalan perdana menteri dan jemputan dibuat sebelum beliau menubuhkan BERSATU.

"Setakat ini betul lagilah, kita memang ada jemput sebelum beliau tubuhkan BERSATU lagi, sebagai bekas timbalan perdana menteri.

"Mesti orang nak dengar juga pandangan beliau kenapa keluar daripada Umno," katanya ketika dihubungi.

Fikir macam mana nak tarik

BERSATU ditubuhkan sebahagian besar bekas anggota Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ia bermula dengan gerakan Deklarasi Rakyat yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad duduk sepentas dengan bekas musuh ketatnya seperti Lim Kit Siang serta Mohamad Sabu.

Selepas BERSATU dibentuk parti itu menunjukkan kesediaan bekerjasama dengan parti pembangkang lain menghadapi BN dalam pilihan raya.

Setakat ini pemimpin BERSATU termasuk Dr Mahathir pernah berceramah di pentas Pakatan Harapan (HARAPAN). Bagaimanapun program di Terengganu itu dilihat unik kerana PAS tidak merestui HARAPAN.

Saiful Bahri berkata, PAS yang kini mengamalkan politik matang dan sejahtera sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang dapat menerima prisip perjuangan parti itu.

"Sesiapa saja yang boleh menerima prinsip perjuangan PAS kita alu-alukan. Sekarang ini di Terengganu dari segi politik hanya PAS dan Umno saja.

"Jadi macam mana cara kita boleh tarik ahli Umno supaya meninggalkan Umno dan bersama dengan kita, kita tariklah," katanya.

Sementara itu menurut poster itu program tersebut berlangsung pada 28 hingga 1 Oktober di Kemaman, manakala ceramah melibatkan Muhyiddin itu diadakan pada malam kemuncak program berkenaan.

Tinjauan: Hanya 25% penyokong BN tidak mahu MO1 ditangkap

53% orang Melayu yang ditinjau mahu MO1, yang dikaitkan kepada Najib Razak, dikenakan tindakan.


bn_mo1


SHAH ALAM: Sebahagian besar penyokong BN di Selangor mahu Malaysian Official 1 (MO1) dikenakan tindakan undang-undang, menurut tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE).

Hanya sebilangan responden – tidak melebihi 15% – tidak setuju MO1 dihadapkan ke muka pengadilan.

Penemuan itu merentasi 3 kaum utama yang terbabit dalam tinjauan di 56 kawasan pilihan di Selangor melibatkan 1,761 pengundi daripada 26 Ogos hingga 30 Ogos.

Secara keseluruhannya, 40% responden mahu MO1 dikenakan tindakan, 35% tidak pasti manakala 25% lagi memberi jawapan tidak.

“Berdasarkan jumlah kaum, Melayu 53% sokong, 33% tidak pasti dan 14% tidak setuju; manakala Cina 60% sokong, 30% tidak pasti dan 11% tidak setuju; dan India 46% sokong, 39% tidak pasti dan 15% tidak setuju,” kata Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Mohamad Redzuan Othman.

mo1bn


Beliau mengumumkan penemuan itu di sesi pembentangan kaji selidik tinjauan IDE: Isu dan Persepsi Pengundi Selangor di Hotel Carlton di sini hari ini.

Disebut dalam tuntutan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), sesetengah pihak mengaitkan identiti MO1 kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

MO1 disebut sebagai ahli keluarga Riza Aziz, yang dinamakan dalam tuntutan untuk merampas US$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan dan disalur ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong.

DoJ mendakwa lebih US$3.5 bilion dilencongkan daripada 1Malaysia Developed Berhad (1MDB), yang diasaskan Najib pada 2009 selepas menjadi perdana menteri. Riza adalah anak tiri Najib.

mo1bn2

Tinjauan yang sama mendapati 45% responden berpandangan BN tidak akan dapat pertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Najib terus memimpin gagasan itu.

Hanya 29% berpendapat BN mampu bertahan manakala 26% lagi tidak pasti.

IDE dalam huraiannya berkata pakatan pembangkang persekutuan boleh menjadikan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai ‘modal’ menyerang BN, kerana 66% responden menolak pelaksanaan cukai itu.

Tinjauan mendapati 66% responden berpendapat isu GST dan kenaikan harga barang akan mendorong pengundi menyokong pembangkang, manakala 17% lagi tidak bersetuju dan tidak pasti.

Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu

Anne Muhammad


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yakin himpunan besar-besaran BERSIH 5 bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 November ini akan disertai oleh orang Melayu.

Katanya, ini kerana selain ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), ahli PAS juga akan turut serta kerana sejak dari dulu lagi mereka sudah diasuh untuk menolak kezaliman dan protes itu selaras dengan perjuangan BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.

“PAS walaupun dikatakan tidak hadir tapi saya yakin ahli-ahli PAS akan hadir bersama sebab ini satu perkara yang telah jadi darah daging orang PAS.

“Sekiranya kepimpinan berubah dari segi pendekatan tapi saya yakin ia jadi cabaran bagi PAS untuk halang ahli mereka turun bersama sebab dari dulu (ahli PAS) telah ditabiyah (dididik) kewajipan menentang kezaliman,” katanya yang juga adalah pengarah komunikasi AMANAH.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Sebelum ini, DAP dilaporkan berkata PAS harus menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap matlamat untuk menumbangkan BN termasuk menyertai perhimpunan BERSIH 5.

Namun setakat ini, PAS masih belum memutuskan penyertaannya dalam BERSIH 5 walaupun tarikh perhimpunan itu diumumkan.

Pada himpunan BERSIH 4, Ogos tahun lalu PAS tidak mengarahkan ahlinya untuk bersama berhimpun sebaliknya hanya beberapa pimpinan sahaja yang turun.

BERSIH 5 dijadualkan berlangsung pada 19 November yang tertumpu di Kuala Lumpur.

DAP Selangor Beri Kata Dua Kepada Azmin

 

 



Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu Tian Khiew memberi kata dua kepada Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meninggalkan PAS atau menghadapi masalah dari pihak DAP.

Ronnie Liu juga menggesa Azmin supaya memberikan sokongan padu kepada Parti Amanah Negara (PAN) untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan di negeri itu.


“Pakatan Harapan adalah harapan kita semua. PAS sudah tolak Pakatan Harapan selepas menolak DAP dan Amanah.

“Tapi rakyat dan penyokong keliru apabila Azmin masih mahu bekerjasama dengan PAS. Rakyat tak akan percaya kepada Pakatan Harapan jika keadaan ini diteruskan,” ujarnya ketika dihubungi portal pro PAN, Malaysia Dateline hari ini.

Ronnie Liu yang juga pemimpin DAP Klang turut membuat gesaan radikal iaitu mendesak tiga exco DAP keluar daripada kerajaan negeri jika Azmin masih terus berdegil mahu memilih PAS.

DAP Klang juga katanya mahu pilihan raya mengejut diadakan di Negeri Selangor sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dipamirkan oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan.

Menurutnya, berdasarkan kajian DAP, Pakatan Harapan bakal kehilangan negeri Selangor jika persempadanan pilihan raya itu diluluskan.



Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib

 

 



KUALA LUMPUR: Bekas ahli Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin menggugurkan samannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihak kedua berkaitan isu derma RM2.6 bilion, lapor The New Straits Times.

Anina telah membuat rayuan terhadap pembatalan saman oleh Mahkamah TInggi pada 31 Disember tahun lalu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Seri Najib, mengesahkan bahawa Anina telah memfailkan notis untuk menarik balik rayuan saman itu di Mahkamah Rayuan bulan ini.

Anina bersetuju untuk membayar kos guaman sejumlah RM5,000.

Pada 28 Ogos, Anina memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib dan Setiausaha Eksekutif Datuk Ab Rauf Yusoh, antara lain, bagi menuntut sebahagian daripada derma RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang dikatakan dimasukkan oleh presiden parti ke dalam akaun peribadinya di Singapura.

Datuk Seri Najib dan Ab Rauf kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman atas sebab ia remeh dan menyusahkan, serta Anina tidak mempunyai hak di bawah undang-undang untuk menyaman kerana dia bukan seorang pegawai awam parti UMNO.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan pembatalan Datuk Seri Najib dan Ab Rauf itu selepas membuat keputusan bahawa Anina tidak mempunyai locus standi bagi memulakan tindakan undang-undang kerana dia bukan pegawai awam ataupun menyandang sebarang jawatan dalam UMNO – Astro Awani.

Presiden PERKASA Bakal Dilantik Timbalan Presiden PPBM ?




ibarhim


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dikhabarkan bakal dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengukuhkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Perlantikan Ibrahim itu dibuat bagi mengimbangi pengaruh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikatakan tidak berpihak kepada Muhyiddin.

“Segala kerja keras Ibrahim bakal dibalas dengan dianugerahkan jawatan paling tinggi di dalam parti Pribumi. Semua anak buahnya di dalam PERKASA dikerahkannya untuk mendaftar masuk parti baru ciptaan Mahathir. Akan tetapi hanya Ibrahim sahaja yang masih tidak membuka mulut kemana hala tuju perjuangannya selepas ini. Namun, orang di luar sudah tahu habuan Ibrahim adalah bakal dilantik sebagai Timbalan Presiden PPBM.

“Dengan kehadirannya di dalam kem Muhyiddin, maka Presiden Pribumi itu cukup lega dan berpuas hati kerana penasihat Mahathir iaitu Khairuddin Abu Hassan akan melopong apabila Muhyiddin akan menjadi seorang Presiden yang angkuh dan totok berbanding Khairuddin yang bertindak hanya di luar parti dan tidak mempunyai sebarang jawatan tertinggi di dalam PPBM,”dakwa Malaysian Patriots.

Semalam, satu kisah yang bersumberkan Md Kamal Hj Salleh dari Batang Kali Selangor menceritakan Ibrahim pada mulanya merajuk dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menggunakan platform PERKASA sebagai sebuah parti politik.

Kisah lengkap Md Kamal Hj Salleh adalah seperti berikut :

Semalam saya sempat berkomunikasi agak panjang dengan Umi Hafilda Ali berhubung situasi politik semasa. Hasil perbualan kami, berikut yang saya dapat perkata dan rumuskan untuk bacaan rakan-rakan saya.

Belum sebulan hayat usianya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah pun menunjuk bibik-bibik menuju jalan kehancuran.

Bermula dari ketidakpuasan hati kepimpinan Perkasa dan para pengikut mereka, dibawa kepada perebutan jawatan peringkat pusat dan negeri hinggalah kepada para pejuang maya mereka merungut tidak dibayar upah sepertimana yang dijanjikan.

Ibrahim Ali dan Syed Hassan menyimpan impian yang tinggi terhadap Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin agar dapat menukar Perkasa menjadi sebuah parti. Satu rundingan telah diadakan antara Syed Hassan dengan parti serpihan PAS, iaitu Berjasa. Perkasa berhajat untuk mengambil alih parti berkenaan dan seterusnya menjadi platform kepada mereka untuk berjuang menjatuhkan Datuk Seri Najib.
Dari kiri: Robin Tan ( Anak Jutawan Vincent Tan ) dan Tooi Kooi Ong ( Proksi YTL )
Dari kiri: Robin Tan ( Anak Jutawan Vincent Tan ) dan Tooi Kooi Ong ( Proksi YTL )
Bagaimanapun perkara tersebut tidak dipersetujui Mukhriz, Azmin Ali, Robin Tan (anak Vincent Tan) dan Tong Kooi Ong (Proksi YTL dalam misi menjatuhkan PM). Individu-individu tersebut adalah orang yang selama ini menyalurkan dana untuk gerakan menjatuhkan PM.

Akhirnya mereka mengambil keputusan menubuhkan sebuah parti baru. Ini menimbulkan kemarahan Ibrahim Ali dan barisan kepimpinan Perkasa. Semasa parti tersebut dalam proses menunggu kelulusan, Ibrahim Ali dan beberapa orangnya telah berusaha beberapa cara untuk mensabotaj agar parti itu tidak diluluskan ROS. Termasuklah cuba mempengaruhi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri. Bagaimanapun usaha itu tidak berjaya.

Selepas pendaftaran diluluskan, timbul pula satu lagi masalah baru. Iaitu mengenai perlantikan barisan kepimpinan peringkat pusat dan negeri. Ramai yang mengharap dan melobi TSMY agar mereka dilantik. Sebenarnya usaha melobi telah bermula sejak parti dalam proses permohonan lagi. Untuk mengelak konflik yang lebih teruk, TSMY meminta Tun Mahathir agar mengambil alih jawatan pengerusi dengan segera.

Di Kedah Ainina sedang bergasak dengan Sanusi Junid. Di Langkawi, Ainina juga sedang bergasak dengan anak Sanusi, Akhramsyah. Di Perak Hamidah Osman dan adiknya Hamizura Osman serta adik iparnya mahu menguasai PPBM seperti parti ahli keluarga mereka. Di Johor Datuk Baharom Gelang Patah sedang bergasak dengan abang TSMY.

Di Kelantan proksi Mukhriz, Sazmi Miah mahu memastikan beliau dilantik sebagai pengerusi negeri. Di Terengganu , blogger Din Turtle pun menyimpan impian tinggi menggunung agar beliau dapat mengetuai negeri itu. Di Melaka Zahid Mat Arip sedang berhempas pulas untuk mengangkat dirinya sebagai pengerusi negeri. Di Sabah pula Shafie Afdal tidak berpuas hati dengan rakan-rakannya yang di semenanjung. Lantas beliau mengambil keputusan untuk bergerak berasingan.

Manakala di peringkat pusat pula hubungan tegang antara Khairuddin Abu Hassan dengan TSMY dan Mukhriz semakin hari semakin nazak.

Di peringkat media maya, Hanizam Yunus meminta pemain-pemain media maya mereka agar mengurangkan atau menghentikan kempen keahlian PPBM dan promosi kerana duit tidak turun sepertimana yang dijanjikan. Beliau menuduh Datuk Ainon, bekas setiausaha akhbar TSMY dan Firdaus Abdullah (blogger apa nama) melesapkan peruntukan untuk pemain-pemain media maya. Yang masih aktif adalah beberapa budak-budak Kedah yang dibayar gaji bulanan oleh Mukhriz melalui Sazmi Miah.

Tun Mahathir semakin tertekan dengan keadaan dan membawa diri ke London untuk beberapa ketika.

Difahamkan setelah segala usaha menumbangkan PM gagal, terbaru (semalam) Tun M meminta PM kekal tetapi melepaskan jawatan Menteri Kewangan. Dalam situasi hari ini dikhabarkan Tun akan memilih jalan berdamai dengan Datuk Seri Najib dengan syarat Mukhriz diletakkan di Kementerian Kewangan melalui lantikan sebagai senator sementara menunggu PRU 14.

Akhir kalam, benarlah kata ramai orang. Yang UMNO akan tetap ke UMNO. Nampaknya itulah yang akan berlaku kepada PPBM. Dari UMNO mereka datang dn kpd umno mereka akn kembali -Md Kamal Hj Salleh, Btg Kali sgor

Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib

BERNAMA
 
 
Akhbar HarakahAkhbar Harakah


Akhbar rasmi Pas, Harakahdaily telah menolak tawaran bagi penyelesaian saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 1Malaysia Development Berhad.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun ketika dihubungi, mengesahkan menerima surat daripada Harakahdaily Khamis lepas menyatakan bahawa ia menolak cadangan penyelesaian saman itu.

"Tetapi untuk menyatakan kes itu akan dibicarakan adalah terlalu awal kerana terdapat dua rayuan berkaitan yang menunggu di Mahkamah Rayuan," kata beliau.

Beliau berkata perkara itu dijadualkan untuk pengurusan kes hari ini dan dikeluarkan dari senarai kes mahkamah dan dijadualkan semula ke 1 Dis.

Ini kerana Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif mengetuai sebuah panel mahkamah di Kuching, Sarawak.

Hakim Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili pengarah urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan ketua pengarang Harakahdaily Taufek Yahya berkata anak guamnya mahukan kes itu dibicarakan sepenuhnya.

"PAS telah menolak tawaran penyelesaian," kata beliau.

Wan Rohimi juga mengesahkan beliau telah menerima faks daripada pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan minggu lepas memberitahunya bahawa tarikh pengurusan kes dijadualkan hari ini telah dijadualkan semula ke 1 Dis.

"Pada 1 Dis, kami akan memberitahu mahkamah bahawa anak guam kami telah menolak tawaran penyelesaian dan mahkamah akan menetapkan tarikh lain bagi mendengar rayuan," katanya.

Beliau berkata mereka telah memberitahu peguam Najib tentang keputusan itu.

Satu daripada rayuan ialah berhubung penolakan Mahkamah Tinggi pada 7 April tahun ini pada permohonan Najib bagi meminda kenyataan tuntutan untuk memasukkan kenyataan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Satu lagi terhadap penolakan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei tahun ini pada permohonan Najib bagi saman itu diputuskan atas poin undang-undang tanpa diadakan perbicaraan penuh.

Perdana Menteri menyaman Dr Rosli dan Taufek berhubung artikel bersifat fitnah oleh Rosli dan diterbitkan pada 19 Feb, 2015.

Pada Jun tahun ini, Najib dan Harakahdaily membayangkan yang mereka mengkaji kemungkinan menyelesaikan saman berkenaan.

Penyokong jawab Vida, usah fikir untung sekelip mata

N Faizal Ghazali 


Penyokong bola sepak Kelantan tampil menjawab dakwaan penaja utama skuad The Red warriors Datuk Seri Hasmiza Othman yang merungut 'tidak nampak untung' hasil penajaan terhadap pasukan itu.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) Mahizi Mahmood berkata, sebagai penyokong mereka amat bersyukur apabila Hasmiza pada awalnya mengaku ingin membantu Persatuan Bola Sepak kelantan (Kafa).

Lebih-lebih lagi katanya, terdapat anak kelantan yang ikhlas membantu di kala bola sepak Kelantan sedang 'sakit' pada ketika itu.

"Sememangnya bola sepak boleh dijadikan platform untuk memperkenalkan jenama, tapi bukan untuk mendapat keuntungan berjuta-juta sekelip mata.

"Jangan ada niat kita menolong orang yang sakit dan berharap apabila sembuh, kita gunakan orang sakit ini sepenuhnya," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Hasmiza atau dikenali sebagai vida hari ini dilaporkan sudah tawar hati untuk meneruskan tajaannya terhadap pasukan Kelantan susulan produk keluaran syarikatnya dan jersi tidak mendapat sambutan penyokong.

Mahizi berkata, pihaknya mengakui Hasmiza telah membawa nafas baru dalam bola sepak di negeri Cik Siti Wan kembang itu sehingga memberi harapan tinggi buat penyokong.

"(Hasmiza) Memberi harapan kepada penyokong sehingga penyokong meletakkan harapan yang tinggi di bahu beliau.

"Namun pelbagai kontroversi remeh yang timbul sedikit sebanyak memberi impak kepada penyokong. Penyokong mahukan semuanya lancar seperti yang dikatakan," jelasnya.

Stadium, jersi dan penampilan

Tiga perkara kata Mahizi, mewujudkan rasa kurang senang di kalangan penyokong susulan pendekatan jutawan kosmetik terhadap pasukan itu.

Dalam isu stadium menurutnya, Hasmiza telah melakukan penambahbaikan yang amat ketara tetapi dalam sejarah pasukan Kelantan belum ada yang berani mengubah warna pasukan.

"Ini berlaku sedikit ketidakpuasan hati sesetengah penyokong sehingga menjadi perdebatan di laman sosial dan dijadikan bahan lawak penyokong pasukan lain. Sedikit sebanyak mencabar maruah anak Kelantan.

"Jersi yang dikeluarkan gagal menambat hati penyokong setia biar pun dikeluarkan dalam tiga versi harga yang berbeza. Mungkin citarasa peminat sekarang berbeza dan fobia dengan kualiti jersi sebelum ini," katanya.

Selain itu tambahnya, isu ketiga melibatkan penampilan Hasmiza sendiri yang kini dilihat semakin 'menjauh' daripada pasukan itu.

"Sejak akhir ini beliau kurang muncul di stadium, tidak seperti awal musim di mana beliau sering dilabel sebagai ikon bola sepak Kelantan. Ia membuatkan pelbagai tanggapan negatif muncul," katanya.

Mati dalam tahanan: Mahkamah benarkan bedah siasat kedua

MALAYSIAKINI


Mahkamah Tinggi Kota Baru hari ini membenarkan keluarga Azri Mohamed, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis kira-kira dua minggu lalu, melakukan bedah siasat kedua.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ahmad Bache membenarkan permohonan kakak Azri, Norsyazmira Mohamed sejurus selepas beliau memfailkan permohonan itu petang ini, kata peguam keluarga itu, N Surendran.

"Perintah (dari hakim) berkata bahawa tubuh Azri akan diambil dari Hospital Kota Baharu ke Hospital Besar Kuala Lumpur bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan," kata peguam itu kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Azri, yang pertama kali ditangkap pada 10 Julai lalu berhubung kesalahan kecil memiliki dadah ditahan di Penjara Pengkalan Chepa di Kota Baru, kata Surendran.

Menurutnya, lelaki itu dibawa ke Hospital Kota Baru dari penjara pada 15 Ogos lalu. Beliau dilaporkan dalam keadaan koma dan akhirnya meninggal dunia pada 14 September.

Pada ketika Azri di hospital, keseluruhan usus besarnya dikeluarkan, kata Surendran.

Norsyazmira, katanya, memohon bedah siasat kedua kerana beliau tidak berpuas hati dengan keputusan pertama.

"Beliau (pakar patologi yang menjalankan bedah siasat pertama) mendakwa bahawa kematian disebabkan oleh jangkitan, walaupun keseluruhan usus besar telah dibuang dan Azri sendiri memberitahu kakaknya dia telah dipukul ketika dalam penjara.

"Beliau (Azri) dalam tahanan penjara apabila perkara ini berlaku - dia dipukul atau sesuatu yang buruk berlaku - di mana dia akhirnya terpaksa mengeluarkan usus besarnya dan kemudian meninggal dunia.

"Keluarga mahu penjelasan mengenai bagaimana ini boleh berlaku," katanya.

Surendran juga berkata kakak Azri ketika melawatnya di penjara pada 10 Ogos lalu mendapati adiknya itu dalam keadaan sangat sakit dan terpaksa dipapah sebelum boleh berjalan.

Walau bagaimanapun, keluarganya diberitahu oleh polis bahawa Azri hanya dihantar ke hospital pada 15 Ogos, katanya.

"Itu adalah lima hari kemudian. Mengapa beliau tidak dibawa ke hospital secepat mungkin apabila dia jatuh sakit?" soalnya.

Sambil memuji hakim kerana memberi keputusan segera, Surendran berkata, mudah-mudahan keputusan bedah siasat kedua itu akan diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.

Beliau juga berkata akan membangkitkan isu berkenaan pada sidang Parlimen, yang bermula 17 Oktober ini.

Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah

ARIF ATAN
 
 
 Kehadiran penduduk tempatan melimpah di luar khemah bahkan ramai terus mengikuti ceramah dalam gelap. Kehadiran penduduk tempatan melimpah di luar khemah bahkan ramai terus mengikuti ceramah dalam gelap.


Program ceramah sempena pelancaran Amanah Parlimen Larut malam tadi rupa-rupanya turut dihadiri ramai ahli dan penyokong Pas.

Demikian diakui Ketua Amanah Taiping, Mohd Saad Ismail berhubung sambutan hangat dalam program dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Batu Kurau.

"Saya pergi jumpa sahabat lama daripada Pas, bersalam juga peluk mereka. Baru tahu ramai yang duduk dalam gelap.

"Maklumlah Parlimen Larut ini kawasan menantu Presiden Pas. Ustaz Akmal Kamaruddin
anak kepada Ustaz Kamaruddin Awang Basir iaitu besan Haji Hadi Awang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, kehadiran kira-kira 1,000 penduduk setempat agak memberangsangkan bagi kawasan seperti pekan Batu Kurau.

"Soal sokong atau tidak perkara kedua. Kesediaan mereka duduk dan mendengar sampai habis memberikan satu harapan baru kepada Amanah khususnya dan Pakatan Harapan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Penduduk tempatan di Batu Kurau mengambil peluang mengisi borang keahlian Amanah.Penduduk tempatan di Batu Kurau mengambil peluang mengisi borang keahlian Amanah.


Sehubungan itu, beliau berharap agar kerjasama Pakatan Harapan akan terus kukuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

"Tahniah kepada Amanah, PKR, DAP dan Bersatu yang nampak mantap kerjasama semalam," tambah Saad lagi.

Turut hadir Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Ketua Angkatan Wanita (Awan) Perak, Zuhairah Mohd Ghazali.

Program berkenaan juga menyaksikan orang ramai mengambil peluang mendaftarkan keahlian dalam Amanah.

Terdahulu, Saad memberitahu, slot sembang petang Mohamad Sabu diadakan bersama penduduk setempat di Kampung Bukit Torak di Dun Selama, Perak pada sebelah siangnya.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam sembang petang di Kampung Bukit Torak, Dun Selama.Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam sembang petang di Kampung Bukit Torak, Dun Selama.

 

BN perlu 35% undi popular saja untuk menang

BORHAN AHMAD
 
 
BN hanya perlu 35% undi popular sahaja untuk memerintah Malaysia dengan persempadanan semula baru-baru ini, kata Prof Datuk Dr Redzuan Othman.BN hanya perlu 35% undi popular sahaja untuk memerintah Malaysia dengan persempadanan semula baru-baru ini, kata Prof Datuk Dr Redzuan Othman.


BN perlu 35% undi popular saja untuk memenangi pilihanraya umum akan datang selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Profesor Datuk Dr Redzuan Othman berkata, ia berdasarkan analisis awal yang dibuat.

Analisis ini dibuat pihaknya berdasarkan sentimen yang sama di kalangan pengundi 2013 yang lalu.
Bagaimanapun ia belum final lagi, katanya.

Ini kerana di Malaysia, jumlah kerusi yang dimenangi adalah menjadi penentu bukannya undi popular.

Redzuan berkata demikian dalam sidang media IDE di sebuah hotel dekat Shah Alam bagi membentangkan hasil kajian IDE mengenai kecenderongan politik di Selangor.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, BN hanya memperolehi 46% sahaja undi popular tetapi berjaya memerintah Malaysia.

Menurut Redzuan, persempadanan kali ini tidak semudah apa yang dibuat oleh SPR sebelum ini kerana kecelikan maklumat di kalangan rakyat.

"Saya yakin bantahan akan dibuat dan Bersih 5 yang akan bermula tidak lama lagi antara penentunya samada bantahan ini kuat atau tidak.

"kalau ratusan ribu orang turun, sudah tentu ia membayangkan kesedaran rakyat," katanya merujuk kepada konvoi Bersih 5 bermula 1 Oktober ini dan akan tamat di Kuala Lumpur dengan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 19 November.

Menurut Redzuan, dalam konteks Selangor, bantahan bukan saja akan dibuat oleh orang ramai dan parti politik tetapi juga oleh pihak berkuasa tempatan dan juga kerajaan negeri Selangor sendiri.

Oleh itu, beliau jangka bantahan ini akan mengambil masa yang panjang dan tidak boleh diselesaikan dengan cepat.

Abdullah Fahmi johan tilawah al-Quran di Moscow

BERNAMA
 
 
Abdullah Fahmi Che Nor Shukri berjaya mengharumkan nama negaraAbdullah Fahmi Che Nor Shukri berjaya mengharumkan nama negaraPeserta tilawah, Abdullah Fahmi Che Nor Shukri berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila dinobatkan johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-17 yang diadakan di Moscow, Rusia.

Kemenangan Abdullah Fahmi, 32, sebagai juara adalah pencapaian tertinggi diraih wakil Malaysia sejak pertandingan tersebut
dianjurkan.

Naib johan pula dimenangi oleh Yusuf Abdullah dari Yaman dan tempat ketiga dirangkul peserta Bahrain, Solah Ali Umar.

Pertandingan yang diadakan pada 22 hingga 25 Sept itu disertai wakil dari 30 negara termasuk Arab Saudi, Iraq, Iran, Bahrain dan Indonesia.

Bercakap kepada pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, Abdullah Fahmi berkata kemenangan yang diraih adalah sesuatu yang di luar jangkaan beliau.

"Bagi saya saingan agak sengit terutamanya peserta dari Yaman, Bahrain, Iran, Iraq dan Turki kerana rata-rata mereka mempunyai bacaan yang bagus dari segi tajwid dan kecantikan bacaan," katanya.

Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan juga merupakan peserta yang mendapat tempat kelima pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 yang lalu.

Abdullah Fahmi membawa pulang hadiah wang tunai US$5,000 serta plak penghargaan dan sijil penyertaan.

CERITA DONGENG DEDAK MURAHAN

 shahbudindotcom


Di alam maya ketika ini bertebaran cerita mengenai Tun Mahathir Mohamad kononnya mahu berdamai dengan Najib Razak. Daripada blog, FB dan grup Whatsapp, cerita berkenaan terus berpanjangan disebarkan tanpa hentinya.

Dalam cerita itu, Tun Mahathir dikisahkan memilih untuk berdamai kerana telah menemui jalan buntu untuk menyingkirkan Perdana Menteri, selain timbulnya beberapa isu perpecahan dan berebut jawatan sesama sendiri dalam PPBM.

Dalam pelan damai itu dikatakan Tun Mahathir bersetuju agar Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi dengan syarat hendaklah melepaskan jawatan Menteri Kewangan yang disandangnya sekarang.

Untuk menyedapkan lagi cerita, Tun Mahathir diberitakan menetapkan syarat kepada Najib agar anaknya, Mukhriz dilantik sebagai Menteri Kewangan melalui lantikan sebagai Senator terlebih dahulu.

Hahaha....memang boleh ketawa dibuatnya....

Siapa pun yang waras pemikirannya, tidak makan dedak atau kalau pun ada  menerima dedak, gred yang diterima adalah berkualiti tinggi, mereka pasti ketawa besar dengan cerita damai antara Tun Mahathir dengan Najib itu.

Cerita itu tidak lebih kisah dongeng yang diimaginasikan ketika sedang menunggu dedak bulanan jatuh ke dalam poket, itu pun sebenarnya hanyalah dedak bermutu rendah atau gred C sahaja. Penerima dedak gred A tidak mungkin membuat cerita khayalan seperti itu, apatah lagi mereka yang mahu dikenali sebagai "orang perjuangan".

Membuat cerita dongeng seperti itu, bukan saja tidak membantu menguatkan lagi Najib, malah tidak juga membuatkan Tun Mahathir dan PPBM semakin lemah. Ia boleh dijadikan sekadar hiburan petang semata-mata.

Pertama, Tun Mahathir bukanlah jenis manusia yang boleh disuapkan dengan dedak oleh sesiapa pun. Rasa tanggungjawab dan sayangnya kepada negara begitu tinggi, melebihi rasa sayang kepada karier dan masa depan politik anaknya sendiri

Jika Tun Mahathir begitu mementingkan perjalanan karier Mukhriz, adalah lebih baik jika beliau kekal berbaik dan menyokong apa saja yang dilakukan Najib sejak dulu daripada berkelahi dengannya.

Kedua, Tun Mahathir kini sudah ada parti baru, PPBM dan sedang menjalin kerjasama yang erat dengan Pakatan Harapan menjelang PRU 14 akan datang. Malah beliau juga sudah berbaik-baik dan bersalaman dengan Anwar Ibrahim. Keahlian tidak rasmi PPBM juga sudah mencecah ratusan ribu orang.

Ini meletakkan perjuangan beliau sekarang ini sedang berada di landasan kemenangan dan semakin hampir untuk membuatkan Najib tersingkir daripada jawatannya. Tarikh PRU 14 adalah sesuatu yang amat menakutkan buat Najib.

Jadi, di mana logiknya Tun Mahathir mahu berdamai?

Ketiga, Tun Mahathir turut dikenali sebagai seorang yang sentiasa berpegang kepada prinsip apa yang diperjuangkannya dan tidak pernah mengalah ketika di pertengahan  jalan.

Dalam kes Najib, sasaran Tun Mahathir tidak pernah berubah. Jika diumpamakan seperti peluru berpandu, Tun Mahathir sebenarnya sudah "mengunci sasaran" yang hendak ditembaknya. Ke mana pun Najib lari, berlindung atau menyelinap, sasaran yang hendak ditembaknya  itu tidak pernah berubah. Malah, sesiapa yang melindungi Najib, termasuk UMNO sekali pun, bagi Tun Mahathir, ia perlu "dimusnahkan"  sekali.

Berdamai atau mengalah, lebih-lebih lagi kepada Najib yang banyak kali digelarnya sebagai "pencuri terbesar wang negara", boleh dikata amat mustahil sekali. Bukan Tun Mahathir orangnya yang boleh berbuat demikian.

Dalam cerita yang diimaginasikan itu, disebut juga dua nama "tauke Cina"  yang kononnya selama ini berperanan sebagai "funder"  dalam gerakan untuk menjatuhkan Najib bersama-sama dengan Tun Mahathir.

Lanjutan daripadanya, difahamkan juga satu laporan polis akan dibuat esok oleh seorang pemimpin Pemuda UMNO agar kedua-dua "tauke Cina" itu dapat disiasat oleh pihak berkuasa.

Sekali lagi, ini juga adalah cerita dedak gred C sebenarnya. Satu orang membuat cerita dongeng daripada imaginasi sendiri dan kemudian satu orang lain pula membuat laporan polis untuk menunjukkan ia seolah-olah kisah benar.

Motifnya tidak lain ialah dedak, sama ada mahukan tambahan dedak atau mengharapkan gred dedak akan datang dinaikkan kepada gred A atau B.