Isnin, 15 Ogos 2016

PKR mahu terus jalinkan hubungan dengan PAS meskipun kini wujud

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR mahu terus menjalinkan hubungan dengan PAS meskipun parti itu secara rasminya menubuhkan blok pembangkang baru dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pada Sabtu.
 
Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin juga berharap PAS serta IKATAN akan bersama Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk memastikan pertandingan 'satu lawan satu' pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Ujarnya, ketetapan itu penting bagi memastikan agenda menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan.
 
"Parti politik (pembangkang) boleh kerjasama dengan mana-mana parti yang dia suka tetapi akhirnya perbincangan mestilah terjurus dan terarah kepada persaingan berlawan antara kita dengan BN, itu yang saya rasa politik sihat yang sepatutnya berlaku.
 
"Sebagai pemimpin PKR, kita menghormati pandangan ataupun cara yang hendak dibuat oleh PAS dengan Gagasan Sejahtera," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Shahruddin berkata demikian mengulas tindakan PAS dan IKATAN membentuk GAGASAN, pada Sabtu.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perasmian itu berkata, GAGASAN tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
 
Pengumuman Hadi itu menjarakkan peluang untuk parti pembangkang mencapai kata sepakat bagi memastikan 'satu lawan satu' pada PRU14 nanti.
 
"Dia (PAS) boleh buat apa sahaja gagasan untuk memastikan gabungan dan sebagainya. Bagi PKR tidak ada masalah kerana itu hak yang PAS boleh buat walaupun (ada) hubungan dengan PKR yang telah buat sejak 1999 lagi. 
 
"Walapun tidak ada suatu penyertaan bersama tapi bagi saya itu merupakan satu hak yang dimiliki oleh sebuah parti politik untuk mengadakan secara bersama samada ianya bertulis atau tidak," ujar Shaharuddin lagi.
 
Pembangkang tidak dapat tidak perlu mencapai kata sepakat untuk memastikan perlawanan satu lawan satu (calon Umno BN lawan pembangkang) pada PRU14 untuk menumbangkan Umno BN, ujar Shaharuddin.
 
PAS mahupun Pakatan Harapan perlu bermuhasabah dan menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebagai panduan.
 
Pembangkang kalah teruk pada tiga pilihan raya itu kerana gagal mecapai kata sepakat dalam isu agihan kerusi hingga menyaksikan  pertandingan tiga penjuru menentang Umno BN.
 
 

Tiada ulasan: