MIC Terus Jadi Rakan Penting Umno, BN - Najib
Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: MIC akan
terus menjadi rakan penting Umno dan semua parti komponen Barisan
Nasional (BN) bagi mengemudi Malaysia ke arah kemajuan, kata Datuk Seri
Najib Tun Razak pada Sabtu.
Perdana menteri turut mengucapkan selamat ulang tahun buat MIC yang menyambut ulang tahun ke-70 penubuhannya pada Sabtu.
"Sama-sama kita teruskan perjuangan!," katanya menerusi catatan terbaharu dalam Facebook dan Twitternya.
MIC ditubuhkan pada 6 Ogos, 1946 hasil Persidangan Kaum India
se-Malaya yang dihadiri wakil pelbagai pertubuhan sosial di sini, dan
seterusnya menyertai pakatan UMNO dan MCA pada tahun 1955. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan