Ahad, 7 Ogos 2016

Ketegasan kuatkuasakan undang undang penggubahan wang haram

DR SYED ISKANDAR SYED JAAFAR
 
 
Akta penggubahan wang haram kini menjadi perhatian seluruh dunia dalam melawan pengganas.Akta penggubahan wang haram kini menjadi perhatian seluruh dunia dalam melawan pengganas.


Selepas insiden yang di kenali ramai sebagai 9-11, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Konvensyen mengenai aktiviti penggubahan wang haram dan menjadikannya sebagai datu kesalahan serius dimana kebanyakan negara seluruh dunia telah menerima pakai Konvensyen berkenaan dengan kelulusan Parlimen negara masing masing.

Di negara kita umpamanya ianya di luluskan pada tahun 2001 dan di kenali sebagai AMLATFAPUAA 2001 (Anti Money Laundering, Anti Terrorist Financing And Proceed of Unlawful Activities Act 2001) Di samping itu juga Parlimen kita meluluskan pelbagai undang undang lain termasuk Mutual Assistance In Criminal Matters Act 2002.

Skop penguatkuasaan undang undang penggubahan wang haram adalah berbentuk global selari dengan era dunia tanpa sempadan yang membawa maksud sekiranya wang yang asalnya sah di sisi undang undang dan melalui beberapa proses tertentu yang menyalahi undang undang dan berakhir di negara lain dengan pembelian harta harta menerusi pelbagai perjanjian jual beli maka negara berkenaan berhak mengambil tindakan tegas menahan, mendakwa dan menghukum semua pihak yang terlibat termasuk juga pihak yang bersubahat bersama penjenayah sekalipun wang berkenaan berasal dari negara lain.

Fokusnya ialah wang berkenaan yang di ambil secara salah telah di belanjakan di negara lain justru negara berkenaan berkuasa bertindak di bawah undang undang penggubahan wang haram negara masing masing.

Ketatnya elemen AMLATFAPUAA 2001 yang diguna pakai di Malaysia yang turut di guna pakai secara intipatinya di seluruh dunia ini ialah contohnya sekiranya seseorang pegawai bank umpamanya mengesyaki ada sesuatu yang pelik dengan satu satu akaun bank umpamanya kemasukkan wang yang begitubanyak ber- mee mee, ber- mihun mihun, ber- kue teow kue teow, ber-laksa laksa maka ianya menjadi tanggung jawap pegawai bank berkenaan melapor terus kepada pihak berkuasa secara diam diam tanpa perlu memaklumkan pegawai atasannya kerana tiada siapa yang benar benar tahu siapa yang terlibat dalam urusan yang disyaki sebagai aktiviti penggubahan wang haram berkenaan.

Pihak berkuasa pula perlu amanah dan bertanggung jawap sebaik sahaja menerima laporan sulit mana mana pegawai bank agar tidak berlaku perkara perkara yang tidak di ingini umpamanya kebocoran maklumat sulit perbankan yang boleh menyebabkan nyawa pihak yang melapor terancam.

Orang yang di syaki terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram boleh di tahan dan mereka yang di tahan di bawah AMLATFAPUAA 2001 tidak akan dapat menikmati prosedur prosedur jenayah biasa yang diperuntukan kepada penjenayah penjenayah biasa di bawah Kanun Acara Jenayah. Hak hak yang dituduh amatlah sedikit sekali jika di siasat dan di dakwa di bawah AMLATFAPUAA 2001.

Justru Akta ini melayan tertuduh seolah olah seperti telah bersalah sebelum di buktikan bersalah oleh Mahkamah walaupun maxims biasa perundangan ialah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Akta ini juga meletakkan tanggung jawap melapor kepada pihak berkuasa aktiviti aktiviti di syaki sebagai penggubahan wang haram kepada pelbagai badan dan pengamal professional malah tanggung jawap dan skop siasatan juga di perluas kepada pelbagai badan penguatkuasa undang undang termasuklah Bank Negara Malaysia, PDRM, SPRM dan sebagainya.

Firma firma guaman umpamanya di wajibkan melapor sekiranya terdapat aktiviti aktiviti mencurigai oleh klien mereka.

Penjenayah yang melakukan penggubahan wang haram ada kalanya terlepas pandang yang pergerakan jumlah wang yang besar sentiasa di pantau oleh pihak berkuasa seluruh dunia.

Justru dana bagaimana besar termasuk samada yang sah atau tidak sah sekalipun akan dapat di kesan pergerakkannya keluar masuk ke sesuatu akaun dengan di pantau oleh pelbagai badan penguatkuasaan undang undang samada dalam negara ataupun di peringkat antarabangsa.

Justru jika ada yang mengaku menerima derma peribadi dalam jumlah yang besar dan tertinggi di dunia maka pergerakan wang daripada akaun penderma dan berakhir kepada akaun si penerima derma akan jelas dapat di kesan segala rekod transaksi atas talian setiap urusniaga.

Maka jika tiada sebarang rekod dijumpai maka kemungkinan besar jawapan derma adalah satu bentuk pembohongan yang perlukan siasatan lanjut oleh para pegawai penyiasat daripada agensi penguatkuasaan berkaitan.

Amat tidak logik umpamanya untuk membawa lebih daripada 20 pesawat komersial A380 atau Boieng 737 700 yang sarat dengan wang tunai kerana ianya satu satu penjelasan yang tinggal sekiranya menerima derma dengan cara tidak dapat dibuktikan oleh apa apa rekod pemindahan daripada penderma.

Begitu juga bila di katakan sebahagian daripada derma telah dipulangkan, tentunya ada rekod rekod atas talian untuk pemulangan wang yang sebegitu banyak atau sekali lagi pemulangan wang berkenaan di angkut secara fizikal menerusi puluhan pesawat komersial.

Seterusnya begitu juga jika dikatakan sebanyak USD94 juta tunai diterima sebagai hadiah oleh seorang pemuda yang tiada apa apa pengalaman dalam pembikinan filem untuk digunakan bagi pembikinan sebuah filem. Justru sepatutnya ada rekod rekod pergerakan asal wang berkenaan daripada mana hinggalah ianya berjaya di masukkan ke dalam akaun si penerima derma.

Jika tiada sebarang rekod, maka satu kemungkinan lain ialah memulangkan berkenaan dengan begitu banyak pesawat komersial secara fizikal. Dan jika ini juga tidak dapat di buktikan oleh saksi saksi berserta dokumen dokumen penyata dan sebagainya, maka ianya makin jelas boleh disimpulkan yang wang berkenaan mungkin di curi daripada mana mana sumber.

Pergerakkan wang wang haram boleh di kesan dengan mudah sekalipun telah melalui beberapa proses masuk keluar ke pelbagai akaun untuk pelbagai sebab yang di reka. Sebab sebab yang di reka juga mudah untuk di semak dandiketahui kerana kesemua sebab biasanya sepatutnya mempunyai pelbagai dokumen sokongan yang boleh di sahkan jika perlu.

Sistem perbezaan undang undang sivil dan jenayah memang di amalkan oleh negara seluruh dunia namun ianya tetap ada perbezaan daripada sesebuah negara.

Amerika umpamanya boleh menjadikan tindakan sivil sebagai juga berakhir dengan pelbagai tindakan tindakan jenayah. Ini jelas bila umpamanya yang mengumumkan tindakan sivil itu ialah peguam negara mereka sendiri di samping memperkenalkan salah seorang pegawai kanan yang berada dalam pasokan tindakan sivilnya ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Tindakan menyita aset aset yang dibeli menggunakan wang haram di Amerika adalah campuran permulaan tindakan sivil dan berakhir dengan tindakan jenayah. Umpamanya di negara kita untuk pengedar dadah yang biasanya akan di hukum gantung sampai mati, juga akan di sita harta harta yang di syaki di perolehi atau dibeli menerusi hasil pendapatan aktiviti aktiviti pengedaran dadah.

Justru jenayah serius pengedaran dadah juga boleh melibatkan aktiviti penggubahan wang haram di Malaysia umpamanya menggunakan wang hasil dadah untuk membuka pelbagai perniagaan perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

Demikian juga adalah tidak tepat untuk mengandaikan kerana negara kita tidak komplen mengenai kehilangan dana berbiliion dollar Amerika maka pihak negara luar tidak berkuasa mengambil apa apa tindakan. Ianya mungkin sedikit benar sebelum insiden 9-11 namun selepas insiden berkenaan kebanyakkan negara negara seluruh dunia menerima pakai konvensyen PBB berkaitan Penggubahan Wang Haram yang secara jelas membolehkan mana mana negara yang dilibatkan menerusi pergerakkan wang wang haram di atas talian negara negara berkenaan untuk mengambil tindakan di bawah pelbagai provisi jenayah penggubahan wang haram di negara masing masing.

Untuk lebih seimbang, perlu juga di sebut disini tentang wujudnya prosedur di bawah AMLATFAPUAA 2001 dimana permohonan boleh di buat untuk mengeluarkan sedikit wang wang yang telah di sita untuk tujuan membayar gaji pekerja pekerja serta menyara hidup keluarga tertuduh. Mahkamah berkuasa memberikan pertimbangan sewajarnya berdasarkan fakta kes, saksi saksi dan dokumen dokumen berkaitan yang di kemukakan semasa membuatpermohonan berkenaan.

AMLATFAPUAA 2001 tidak akan memulangkan semula apa apa wang yang di sita sekalipun sekiranya Mahkamah mendapati tiada kesalahan telah dilakukan. Justru permohonan perlu di buat pada Mahkamah selepas keputusan tidak bersalah di sampaikan oleh YA Hakim.

Negara luar tidak akan campurtangan dalam penguatkuasaan undang undang jenayah negara kita umpamanya kesalahan mencuri, merompak, menyamun, menipu, pecah amanah dan sebagainya kerana ianya kesalahan di bawah Kanun Kesiksaan yang di dakwa mengikut prosedur prosedur di bawah Kanun Acara Jenayah negara kita.

Namun negara luar berhak mengambil tindakan jenayah penggubahan wang haram sebaik sahaja wang wang haram ini melalui sistem pergerakkan secara atas talian di negara negara mereka, apatah lagi di negara akhir wang berkenaan di belanjakan atau di joli. Justru salah faham mengenai negara luar tidak mempunyai kuasa langsung amatlah perlu di betulkan.

Seterusnya penahanan penjenayah VVIP oleh pasokan penguatkuasaan undang undang tidak memerlukan sebarang arahan daripada Yang Di Pertuan Agong ataupun Peguam Negara kerana jenayah serius telah berlaku.

Di bawah Akta Polis 1967, IGP berkuasa penuh terhadap pasokan PDRM dalam hal hal jenayah menerusi ‘full command and control of the police force’. Menteri juga tidak berkuasa ke atas IGP justru masyarakat menanti tindakan IGP apatah lagi pasukan PDRM sendiri yang mana maruah pakaian seragam PDRM perlu di hormati demi menjaga moral anggota dan pegawai PDRM yang akan melihat penjenayah di banteras tanpa memilih bulu.

Gelaran Di Raja

Cuma satu anugerah kepada pasukan polis persekutuan (kini PDRM) yang di kurniakan oleh Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1958 berbanding dengan kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera di sebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan dan turut di sahkan berkali kali dalam beberapa seksyen di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.

Seterusnya, IGP juga tidak perlu bertanyakan kebenaran Peguam Negara untuk menahan mana mana VVIP yang melakukan jenayah berat memandangkan kuasa Peguam Negara berbeza dengan kuasa IGP. Kuasa Peguam Negara ialah kuasa mendakwa namun Mahkamah turut mempunyai kuasa mengarahkan siasatan dan pendakwaan jika berasas di bawah Kanun Acara Jenayah.

Justru, sistem perundangan kita yang telah sedia baik tidaklah perlu dipersia siakan begitu sahaja. Yang mustahak sekali ialah semua yang di amanahkan untuk menjalankan tugas cuma perlu mula belajar menjalankan tugas dengan betul serta, ‘without fear or favour’ bagi menjaga kedaulatan undang undang serta menjamin keluhuran perlembagaan persekutuan yang merupakan undang undang tertinggi negara kita—sesuailah dengan gaji dan pelbagai faedah menarik yang dibayar oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat tanah air kita sendiri, InshaaAllah.

* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah Peguambela & Peguamcara.

Tiada ulasan: