Ahad, 28 Ogos 2016

Jangan heret anak-anak ke perhimpunan haram - Mahdzir

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BUTTERWORTH: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta ibu bapa agar tidak mengheret anak-anak mereka atau pelajar sekolah menyertai perhimpunan haram.
 
Menurutnya, pelajar sekolah tidak akan hadir secara bersendirian ke tempat seperti itu kerana kebiasaannya mereka dibawa ibu bapa atau penjaga.
 
"Kalau boleh pelajar sekolah ini kita elakkanlah hadir ke tempat seumpama itu...sebab nawaitu penganjuran (perhimpunan) itu sendiri pun dah tak berapa elok.
 
"Eloklah kalau kita elakkan tempat seumpama itu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelajar sekolah turut terlibat dalam perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam.
 
Mahdzir berkata beliau tidak mendapat maklumat berhubung penglibatan pelajar sekolah dalam perhimpunan haram itu.
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menasihatkan mahasiswa untuk tidak turut serta dalam sebarang perhimpunan haram.
 
"Kita pun pernah jadi mahasiswa. Kita pun nak yang paling ideal. Kita takkan dapat yang idealis. Jadi, kita carilah benda yang praktikal. Tak payahlah buat sesuatu yang menyusahkan masyarakat dan ibu bapa.
 
"Buatlah benda-benda yang memberi kesan yang positif kepada kehidupan dan proses pembelajaran kita. Akhirnya nanti kita akan keluar universiti dan akan pergi kepada masyarakat. Sampai bila nak jadi aktivis masyarakat, tak kahwin, tak cari makan," katanya.
 
 

Tiada ulasan: