Ahad, 7 Ogos 2016

Cari Pokemon tak dapat apa-apa!

Cari Pokemon tak dapat apa-apa!
 

"CARI Pokemon, tak dapat apa-apa. Cari al-Quran, dapat pahala!”

Itu mesej yang disampaikan dalam video promo terbaharu World #QuranHour yang mengajak golongan muda mencintai al-Quran.

Video berdurasi 49 saat itu secara sinis menyindir seorang pemuda yang leka mencari Pokemon yang kemudian diajak bersama-sama menyertai program World #QuranHour yang bakal berlangsung jam 9 pagi pada 9 Zulhijjah nanti.

“Jangan hanya menghabiskan masa mencari Pokemon sepanjang hari. Luangkanlah masa bersama kami,” kata mesej yang turut disampaikan pada ruangan video tersebut.

Video itu dimuatnaik menerusi laman akaun Facebook World #QuranHour sejak malam tadi dan telah ditonton oleh 14,000 pelayar setakat ini.

Aplikasi permainan maya, Pokemon GO sudah boleh dimuat turun di negara ini, hari ini.

Para pengguna telefon pintar boleh memuat turun permainan augmented reality yang mencetus fenomena di seluruh dunia ini di Apps Store bagi pengguna iPhone dan Play Store bagi pengguna Android.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapat, karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.


Tiada ulasan: