Selasa, 2 Ogos 2016

Bukan pengezonan semula Paya Indah Wetlands tapi tanah milik syarikat swasta - Exco Selangor

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Exco Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping sekali lagi menafikan berlakunya sebarang pengezonan semula tanah Paya Indah Wetlands seperti yang didakwa Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin.
 
Menjelaskan status penukaran lot tanah yang dibangkitkan Badrul Hisham atau Chegubard, Elizabeth memberitahu pengezonan semula lot tanah yang dimaksudkan adalah milik syarikat swasta, Salak Land Development Sdn Bhd.
 
Malah katanya, buat masa ini tidak berlaku sebarang pengezonan gunaan tanah di lot 4827 dan 3974 milik Paya Indah Wetlands, seperti yang didakwa.
 
"Apa yang di luar Lot 4827 dan 3974 (tidak termasuk Lot 68054) bukan di dalam Paya Indah Wetlands Lot dengan pemilik (adalah) lain dan sebagainya," kata Elizabeth dalam sidang medianya di DUN Selangor, hari ini.
 
"Saya ingin tekankan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak sekalipun berniat untuk pelengkungan semula Lot 4827 dan 3974 seluas 450 hektar yang telah diwartakan oleh Jabatan Perhilitan Pusat sebagai Rizab Tanah Paya sejak 1998," katanya.
 
Tambah beliau, satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri berkenaan pengurusan dan pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands turut ditandatangani pada 1 Ogos 2007.
 
“Sejak MoU ditandatangani, tidak ada sebarang permohonan menukar kegunaan tanah Lot 4827 dan Lot 3974.
 
“Lot selain daripada dua lot yang disebut ini bukan Paya Indah Wetlands dan merupakan milik persendirian,” jelasnya.
 
Terdahulu, aktivis Chegubard mendakwa Kerajaan Negeri memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.
 
Chegubard turut mendakwa tindakan itu bakal mengganggu ekosistem keseluruhan Paya Indah Wetlands yang dikelaskan sebagai kawasan tanah lembap di bawah Konvensyen Ramsa

Tiada ulasan: