Rabu, 24 Ogos 2016

Apa nak jadi Malaysia ada kabinet 'mangkuk hayun', kata Mahfuz

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Johari Abdul GhaniDatuk Johari Abdul GhaniMenteri Kewangan 2 Datuk Johari Abdul Ghani digelar 'mangkuk hayun'  oleh seorang ahli parlimen Pas kerana menyalahkan pihak pengurusan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ekoran skandal kewangan yang melanda syarikat milik kerajaan itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata,  Artikel 117 MAA (Memorandum & Artikel of Association)  1MDB jelas menetapkan, semua keputusan lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta perkara yang boleh memberi kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat persetujuan bertulis seorang Perdana Menteri.

"Yang saya hairan macam mana Datuk Johari yang berlatar belakang seorang akauntan boleh sekadar menyalahkan pihak pengurusan dalam isu skandal 1MDB.

"Takkan Datuk Johari tak baca artikel 117 1MDB yang mengaitkan Perdana Menteri dengan semua keputusan pelaburan dan hutang yang dibuat oleh 1MDB?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Johari  selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Cheras menyebut "semua yang berada dalam pengurusan 1MDB tidak bertanggung jawab".

Johari menggelarkan pengurusan 1MDB sebagai 'mangkuk hayun' yang menyebabkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tercalar.

Dalam hal ini Mahfuz berkata, sebarang keputusan dan tindakan pengurusan yang berkaitan artikel 117 perlu mendapat persetujuan bertulis Perdana Menteri dan menteri kewangan iaitu Najib.

"Adakah Datuk Johari bermaksud PM hanya beri kelulusan bertulis sahaja bila diminta oleh pihak pengurusan, sedang dia tak tahu apa-apa sewaktu menandatangani persetujuan tersebut?

"Gaya pentadbiran Malaysia ialah PM dan Menteri tak perlu tahu apa-apa. Cukup dengan kebolehan tanda tangan apa saja kertas yang dihulurkan pada mereka.

"Jika ada masalah salahkan pengurusan yang tak bertanggung jawab. Pengurusan 'mangkuk hayun'.

"Malang bagi Malaysia setelah 59 tahun merdeka memiliki Kabinet 'mangkuk hayu'n yang terdiri daripada PM dan menteri' mangkuk hayun'," ujarnya.

Tiada ulasan: