Koh Jun Lin
LIHAT VIDEO DI SINI
Parti Amanah Negara (AMANAH) akan memohon sokongan daripada Yang
di-Pertuan Agong bagi saman tindakan perwakilan atau ‘class action’ di
Amerika Syarikat yang dimulakan oleh peguam, Mattias Chang dan ADUN
Salor, Datuk Husam Musa.
Ketua Biro Antarabangsa AMAANH, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad
Shah berkata parti itu juga bercadang mengambil tindakan undang-undang
yang serupa di luar negara berhubung skandal 1MDB, termasuk di Amerika
Syarikat, Switzerland, Hong Kong dan Singapura.
"Ini adalah kemungkinan yang sedang kami teliti, dengan bantuan peguam tertentu.
"Justeri, kami berharap mendapat perkenan Yang di-Pertan Agong untuk
menyokong inisiatif Husam dan Chang untuk mengembalikkan kembali aset
yang dicuri ke Malaysia," kata Raja Kamarul Bahrin pada sidang media
hari ini.
Surat kepada Agong akan ditandatangani oleh enam ahli parlimen AMANAH
dan parti itu juga akan mendapatkan sokongan daripada wakil rakyat lain
dalam usaha berkenaan, termasuk dari BN.
Ketua Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata sokongan Agong akan
mengukuhkan tuntutan Husam dan Chang, sekiranya kesahihan atau locus
standi tuntutan mahkamah mereka dipersoalkan.
Pada 13 Ogos lalu, kedua-dua mereka memfailkan saman itu yang
bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana 1MDB dan mendapatkan
semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.
Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan di
Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York.
Chang dan Husam menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat
pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz
Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
sebagai defendan.
Menurut pemfailan mahkamah, kedua-dua mereka mendakwa defendan
sengaja menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk kepentingan
peribadi mereka termasuk mengadakan pesta untuk bintang Hollywood,
Leonardo DiCaprio.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah jutawan yang berasal dari
Malaysia, Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta
firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan