DETIK DAILY
RAKYAT berhak mengetahui harta yang dimiliki wakil rakyat sama ada di peringkat kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat.
Ini kerana rakyat mahu wakil rakyat yang dipilih dalam tempoh tertentu
mesti telus dan tidak langsung terlibat dengan rasuah serta
penyelewengan kuasa.
Anak muda, Zubir Shah Omar berkata,
pelbagai aspek perlu diteliti untuk mengisytiharkan harta dan tidak
dinafikan ia sebenarnya salah satu usaha yang baik.
Katanya, maqasid (matlamat) untuk melakukan pengisytiharan harta adalah untuk menjamin integriti seseorang pemimpin.
“Isytihar harta adalah hanya merupakan salah satu kaedah untuk mencapai
ke arah itu. Jika ia hendak dilaksanakan kepada Adun-Adun di Selangor,
hal yang perlu difahami bahawa Adun-Adun ini mempunyai latar belakang
yang berbeza sama ada doktor, peguam, ahli perniagaan, aktivis dan
lainlain.
Sudah pasti mereka mempunyai aset mereka sendiri
seperti klinik, firma guaman, syarikat-syarikat persendirian ataupun
milikan keluarga dan lain-lain sebelum dari mereka dipilih menjadi Wakil
Rakyat,” katanya.
Beliau berkata, apakah ada polisi bahawa
seorang Adun sekiranya telah dipilih sebagai Wakil Rakyat perlu memindah
milik semua aset yang dimiliki sebelum ini?
Katanya, jika seorang usahawan atau peguam perlu menutup syarikat atau firma-firma mereka.
Justeru itu, pandangan beliau selain cadangan untuk seseorang Adun
melakukan pengisytiharan harta, beberapa aspek lain perlu juga
dititikberatkan sebagai contoh dalam pelaksanaan sesuatu kerja.
Katanya dengan mewujudkan satu SOP (Standard Operation Procedure) yang
dipersetujui dengan menjamin ketelusan dan keabsahan sesuatu cara kerja.
“Perlu ada tender terbuka; audit bebas; Jawatankuasa Hisbah dan
sebagainya. Perkara-perkara ini juga amat penting dan perlu diangkat
martabatnya seiringan seperti Selangor memperkenalkan sistem tender
terbuka, Special Committee On Competence, Accountability and
Transparency (SELCAT) manakala di Kelantan adanya Jawatankuasa Hisbah
dan seumpamanya,” katanya.
Beliau berkata, hal-hal demikian perlu
diangkat dan diletakkan ke tempat yang sewajarnya jika tidak diangkat
seiringan maka usaha untuk menetapkan istihar harta bagi seseorang Adun
hanya tindakan yang bersifat populis effect.
Katanya, bagaimana
mungkin kita dapat menyediakan air yang bersih dari sumbernya tetapi air
itu perlu melalui corongcorong paip yang berkarat dan berlumut. Sudah
pasti air itu turut tercemar walaupun sumber air itu pada awalnya bersih
tetapi menjadi tercemar dan membawa mudarat apabila sampai kepada
penggunanya.
Maka tambah beliau, demi menjamin integriti seseorang pemimpin berbaliklah kepada soal yang ditekankan oleh kehendak agama.
“Jika hilang agama pada diri sesorang itu, maka hilanglah sifat Amanah,
akhlak yang terpuji, jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja,”
tegasnya.
Sementara itu, seorang pelajar Universiti Selangor
(Unisel), Muhammad Hafizuddin Ali setuju dengan cadangan wakil rakyat
wajib isytihar aset kepada rakyat kerana ia merupakan cadangan yang amat
munasabah.
“Bagi saya sebagai seorang rakyat di Selangor
pengisytiharaan seperti itu mampu membuktikan ketulusan kerajaan
Selangor dan membolehkan rakyat memahami kedudukan kewangan negeri
dengan lebih jelas,” katanya.
Selain itu tambah beliau rakyat
juga boleh mengetahui apakah pendapatan mereka iaitu wakil rakyat
sepadan dengan kekayaan harta yang mereka perolehi.
“Bagi saya
jika wakil rakyat di Selangor tidak terlibat dengan penyelewengan duit
dan kuasa tiada masalah untuk isytiharkan harta masing-masing.”
Tegas beliau jika mereka tidak melakukan sebarang penyelewengan kenapa perlu takut untuk istiyharkan harta masingmasing.
Ahli perniagaan, Azman Mohd Mah Husin setuju sekiranya setiap Adun dan
pemimpin negara perlu mengisytiharkan harta masingmasing.
Katanya
ini bagi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pemimpin yang mereka
pilih adalah bersih dan bebas daripada syak wasangka yang tidak
berasas.
Beliau berkata, pengisytiharan itu juga perlu merangkumi
isteri dan anak-anak mereka agar setiap pendapatan dilihat datangnya
daripada sumber yang betul dan tidak menyalahi undang-undang.
“Walaupun nilai harta individu adalah bersifat peribadi dan ia boleh
mengundang persepsi dan risiko yang tersendiri jika didedahkan, namun
itulah harga yang perlu dibayar oleh setiap orang yang ingin menjawat
jawatan pemimpin,” katanya.
Menurut beliau, pemimpin terdedah dengan harta negara yang diamanahkan untuk diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.
“Tiada sebab para pemimpin menolak cadangan ini sekiranya mereka
benar-benar jujur dan telus demi merubah keseluruhan sistem pentadbiran
yang lebih baik dan diterima rakyat,” tegasnya.
Optometris,
Mazila Muda setuju supaya semua wakil rakyat bukan sahaja di Selangor
tetapi di seluruh negara perlu mengisytiharkan harta masing-masing.
Katanya, apabila harta masingmasing diisytiharkan mudah bagi rakyat
untuk membezakan harta yang diperolehi sebelum menjadi wakil rakyat dan
selepas menjadi wakil rakyat.
“Mudah bagi rakyat dan pihak berkuasa untuk mengesan apabila berlaku salah laku dan penyelewengan kuasa,” katanya.
Beliau yakin dan percaya rakyat akan berasa puas hati apabila mengetahui harta yang dimiliki wakil rakyat mereka.
Pengisytiharan harta itu juga tambah beliau mendidik setiap wakil
rakyat supaya bersifat telus dalam urusan rakyat dan ia menjadi benteng
supaya wakil rakyat tidak ada ruang untuk menerima rasuah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan