Isnin, 18 Julai 2016

TMJ mula dedah rahsia dalam 'pendrive'

TMJ
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
 

BELUM reda mengenai isu bersara, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mencetuskan tanda tanya dengan mendakwa memiliki dokumen penting berkaitan aktiviti dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malah TMJ mendedahkan memiliki pendrive yang menyimpan maklumat termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers yang didakwa diperolehi menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur:-

Sesetengah maklumat di halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 yang telah dicetak dari sumber dalaman FAM dan salah satu organisasi tertinggi yang masih sayangkan bolasepak Malaysia

PASUKAN KEBANGSAAN

Masalah:

- Kekurangan kualiti kejurulatihan
- Kualiti pada jurulatih tidak memuaskan
- Terlalu banyak bereksperimen dalam pemilihan pemain - kekurangan perpaduan di kalangan pemain, jurulatih dan pasukan teknikal
- Jurulatih tempatan (merujuk kepada Ong Kim Swee) kurang pendedahan antarabangsa/kualiti kejurulatihan
- Jurulatih mempunyai idea yang berbeza/strategi-tiada falsafah asas
- Pemilihan pemain di tahap liga-diganggu oleh pegawai-pegawai atasan FAM
- Pemain muda tidak mempunyai pendedahan yang mencukupi
- Jurulatih-jurulatih di peringkat remaja yang tidak mempunyai kemampuan/kualiti untuk membangunkan pemain dengan cara yang holistik
- Sekolah adalah kilang untuk menghasilkan pemain-tiada padang bola sepak-tiada guru-guru yang berdedikasi di sekolah-80% guru adalah kaum wanita
- Kekurangan program akar umbi
- Perlawanan dimanipulasi dan masalah mengatur perlawanan tidak ditangani-FAM tidak mengambil berat tentang masalah mengatur perlawanan kerana sesetengah kakitangan di dalam FAM adalah sahabat kepada bekas pemain kebangsaan yang terlibat dalam mengatur perlawanan
- Perlu ada perancangan jangka panjang dan bukan perancangan jangka pendek.
- Jurulatih tempatan mempunyai masalah keegoan dan kurang pendidikan kejurulatihan
- Kem latihan untuk pasukan kebangsaan terlalu panjang

PENGURUSAN

Masalah:

- FAM menggunakan kaedah lama dalam pengurusan bolasepak, pentadbiran kekurangan kakitangan yang berkualiti
- FAM terlalu lambat dalam pembangunan
- Jurulatih tidak profesional, tidak mengikuti falsafah asas
- Terlalu banyak memberikan tumpuan kepada kejohanan AFF Suzuki/pertandingan Sukan SEA
- Tindakbalas lemah pengurusan berkaitan krisis media
- Terdapat perbelanjaan yang tidak diperlukan, tanpa sebarang analisis
- Gaji jurulatih tempatan dan jurulatih pasukan kebangsaan terlalu tinggi
- Tidak pernah mengambil serius skandal mengatur perlawanan
- Wang dalam FMLLP tidak digunakan dengan betul oleh kerana kepentingan hanya diberikan kepada pihak pengurusan bukan kepada kelab-kelab yang bertanding
- Tiada usaha daripada pihak pengurusan FAM untuk berkembang.


Tiada ulasan: