Isnin, 18 Julai 2016

RUU Hudud: PAS Sudah Sedia


Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
 
KUALA LUMPUR: PAS sudah bersedia untuk membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai hudud apabila persidangan Dewan Rakyat disambung semula, kata presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita telah bersedia untuk membahaskannya sejak tahun 1957. Kita sudah sedia membahaskan Rang Undang-undang itu," kata Abdul Hadi ketika ditanya mengenai perkata ini, dalam satu sidang media, malam Ahad.

Abdul Hadi, yang bercakap selepas menghadiri majlis Hari Raya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berkata kumpulan NGO itu juga telah menunjukkan bahawa Rang Undang-undang ini dikehendaki oleh umat Islam di seluruh Malaysia.

"Kita perlu menaik taraf status Mahkamah Syariah dalam Perlembagaan Malaysia yang ditinggalkan oleh British; di mana ia meletakkan Mahkamah Syariah di peringkat yang lebih rendah berbanding Mahkamah Majistret.

"Perkara ini sendiri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan," kata Abdul Hadi.

Beliau menekankan bahawa, walaupun Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Syariah yang mempunyai status yang rendah tidak mencerminkan perkara ini.

"Umat Islam mempunyai hak untuk menggesa undang-undang Syariah. Orang bukan Islam ada hak untuk mengamalkan agama mereka, dan umat Islam mempunyai hak untuk agama mereka," kata Abdul Hadi.
 
 

Tiada ulasan: