Ahad, 17 Julai 2016

PKR belum buat keputusan sertai pakatan baharu

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM: PKR belum membuat keputusan berhubung kerjasama dengan cadangan parti baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. 
 
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PKR juga belum mengadakan perbincangan serius mengenai pelawaan bekas Perdana Menteri membentuk pakatan pembangkang baharu. 
 
"Setakat ini, kita hanya ambil pendekatan tunggu dan lihat dulu. Kita hendak tahu juga siapa pemimpin parti baharu itu, kerana apa yang difahamkan, Tun (Dr Mahathir) tidak mahu jadi presidennya. 
 
"Kita juga perlu menilai apa matlamat parti baharu itu. Kalau ada persamaan, mungkin kita boleh kerjasama," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat di sini, hari ini. 
 
Beliau mengulas pembentukan pakatan baharu dan cadangan penubuhan parti politik baharu, yang diumumkan Dr Mahathir, Khamis lalu.
 
 

Tiada ulasan: