Sabtu, 16 Julai 2016

Pemuda PAS kutuk rampasan kuasa, campur tangan asing di Turki

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemuda PAS menolak cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera di Turki yang bertujuan untuk merampas serta menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihanraya.
 
"DPPM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini yang jelas bercanggah dengan nilai dan prinsip demokrasi serta merampas kebebasan rakyat Turki yang memilih kerajaan dengan telus dalam pilihanraya umum, menimbulkan kekacauan serta ketidakstabilan politik di dalam negara," kata Timbalan Ketua Pemudanya Muhammad Khalil Abd Hadi, dalam satu kenyataan media hari ini.
 
Khalil turut memuji tindakan parti-parti pembangkang yang berdiri teguh dan bersatu hati menggagalkan cubaan rampasan kuasa ini dengan mengetepikan pertikaian sesama mereka demi kepentingan negara.
 
"DPPM berharap semua pihak termasuk pemerintah, tentera, parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan lain serta rakyat Turki sendiri mengambil pengajaran daripada episod cubaan rampasan kuasa ini dan terus berusaha membina Turki yang lebih demokratik dan meletakkan rakyat terbanyak sebagai kepentingan utama.
 
"Semoga Turki lebih selamat dan umat Islam serta seluruh rakyat Turki bersatu hati mendepani sebarang cabaran," ujar beliau lagi.
 
 

Tiada ulasan: