Timbalan Ketua Menteri I dan anggota Biro Politik PKR Datuk Rashid Hasnon berkata ia adalah mesyuarat biasa dalam biro politik bagi membincangkan semua perkara politik.
"Saya akan hadiri mesyuarat bersama pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan jika isu pilihan raya mengejut ditimbulkan, saya harap ia sesuatu untuk penambahbaikan dan sebagai opsyen bagi kami melawan Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di sini Selasa.
Beliau berkata parti itu berhasrat menyatukan kumpulan pembangkang untuk berganding bahu melaksanakan idea satu lawan satu dalam plihan raya.
Rata-rata, pilihan raya mengejut itu dilihat sebagai langkah untuk mengesahkan kedudukan Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran daripada dakwaan rasuah terhadapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan