Isnin, 18 Julai 2016

PAS: Syawal tercemar kerana Selena Gomez seksi

 
Pemuda PAS berkata garis panduan Jakim perlu dirujuk sebelum membenarkan apa-apa konsert.



PAS,-Hafez-Sabri


PETALING JAYA: Pemuda PAS hari ini menggesa pihak berkuasa menyekat persembahan konsert bintang pop remaja Selena Gomez yang dijadualkan 25 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam, kerana mendakwa ia merosakkan akidah umat Islam.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri turut menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan surat rasmi bagi tujuan itu.

“Kemunculan artis kelahiran Amerika yang sinonim dengan penampilan seksi ini adalah mencemarkan kemuliaan bulan Syawal yang sedang diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam dan menghidupkan lagi budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini,” kata Hafez.

Beliau berkata kerajaan perlu merujuk Garis Panduan Hiburan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum meluluskan sebarang penganjuran konsert.

Konsert Selena Gomez merupakan sebahagian siri jelajah The Revival Tour yang bermula di Amerika Syarikat Mei lalu.

Ia merupakan persembahan pertama bekas teman lelaki Justin Bieber itu. Sebelum ini, konsert Selena di Kuala Lumpur pada 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan.

Tiada ulasan: