Isnin, 18 Julai 2016

PAS nasihat Khalid Samad tutup mulut!

INTAN NUR IDAYU



page-16-left


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ‘bahagia’ bekerja di bawah pimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan saf kepimpinan PAS sedia ada, bukannya seperti yang didakwa oleh Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad sebelum ini. 

“Saya tegaskan saya tiada masalah bekerja bersama Presiden dan saf kepimpinan PAS yang ada.

“Kami sangat bahagia, seronok dengan kemanisan ukuhwah sangat dirasai. Sikap hormat-menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambah Tuan Ibrahim lagi, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid (Samad) boleh ‘tutup mulut’ atau parti Amanah dibubarkan.

“Saya sebagaimana orang ramai melihat P.A.N akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihanraya umum akan datang.

“Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihanraya kecil yang lalu. Kecuali DAP atau PKR sedia menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Tegas beliau lagi, negara ini tidak memerlukan banyak parti politik dalam blok pembangkang semata-mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

“Sebab itu elok serap sahaja dalam parti yang sedia ada. Sikap ‘tidak boleh bekerja di bawah orang’ lah antara sebab muncul pelbagai parti politik,” selarnya.

Sebelum ini, Khalid Samad yang juga merupakan Ahli parlimen Shah Alam menasihatkan Tun Ibrahim supaya keluar dari PAS kerana pendirian pemimpin nombor dua dalam parti itu kini berbeza dengan pendirian parti berikutan daripada kenyataan Tuan Ibrahim pada 13 Julai lalu yang mendesak parti pembangkang fokus dalam menumpaskan Umno. 

“Pilihlah dari parti-parti yang ada di dalam Pakatan Harapan sebagai wadah baharu tuan-tuan untuk meneruskan perjuangan tuan-tuan selama ini. Yang penting adalah risalah dan perjuangan, bukan jemaah,” dakwa Khalid Samad. 


Tiada ulasan: