Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu menghormati tindakan Dr Mahathir menubuhkan parti baharu, namun masih terlalu awal untuknya membuat sebarang keputusan bagi menjalin hubungan dengan parti itu.
"Bagi saya mana-mana parti pun boleh ditubuhkan di Malaysia sebab kita mengamalkan dasar demokrasi berparlimen. Beliau (Dr Mahathir) merasakan ada kekuatan (untuk tubuh parti baharu), apa salahnya.
"PAS ambil pendekatan tunggu dan lihat dasar, hala tuju dan perjuangan parti baharu itu (sebelum membuat keputusan lanjut)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri di perkarangan Jameiah al-Asriah, Jalan Tengku Petra Semerak di sini, Isnin.
Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pakatan baharu itu sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan