shahbudincotcom
Seluruh
dunia malam tadi menyaksikan dengan penuh minat mengenai tindakan
Jabatan Kehakiman AS memulakan proses sitaan terhadap puluhan hartanah
dan aset lain yang dipercayai berpunca daripada berbilion-bilion ringgit
dana 1MDB yang diselewengkan.
Hanya
akhbar dan tv Malaysia saja yang tidak menyiar, memberi ulasan atau
menyambut berita yang menaikkan nama Malaysia ke seluruh dunia itu.
Tindakan
di AS itu tidak saja mengenai penyitaan harta dan aset yang dikaitkan
dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz serta pelbagai aspek lain
seperti berjudi di kasino, tetapi turut mengenai derma berbilion-bilion
ringgit atas nama Malaysian Official 1 yang merujuk kepada pegawai
tinggi dalam kerajaan Malaysia serta yang berkuasa penuh terhadap 1MDB.
Dalam
dokumen saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman itu, ia juga
menyebut Riza Aziz mempunyai hubungan perdaudaraan dengan Malaysian
Official 1.
Dengan
itu, tidaklah sukar, malah makcik-makcik Felda pun pasti dapat meneka
bahawa Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu ialah Perdana Menteri
kesayangan pendedak iaitu Najib Razak.
Bukan
saja kaitan penglibatan Jho Low dan Riza Aziz dalam pengumpulan
hartanah dan aset yang dicurigai itu bakal mencemarkan nama Najib, malah
jika terbukti derma berbilion-bilion yang diterima Malaysian Official 1
juga berpunca daripada 1MDB, tidak daripada anak Raja Arab sebagaimana
yang didendangkan selama ini, ia pasti lebih merupakan khabar buruk buat
UMNO dan BN.
Dalam
keadaan segala bukti serta keterangan semakin terkumpul sekarang ini,
memang terlihat Najib sudah menjadi beban paling berat buat UMNO dan BN.
Lebih-lebih lagi selepas Amerika bertindak, Singapura juga mulai
menyusul sama. Selepas ini mungkin negara lain pula.
Tetapi
apakah Najib patut didesak berundur, mengambil cuti, segera tampil
memberi penjelasan atau terus bertahan sehingga PRU 14 akan datang?
Dalam
waktu-waktu sukar ini, seluruh pemimpin dan menteri UMNO tidak
seharusnya membiarkan Najib keseorangan. Sebagai pemimpin yang dipilih
melalui proses demokrasi, Najib wajib terus dipertahankan.
Sekarang
bukanlah waktu yang sesuai untuk menukar pemimpin. Jangan juga ada yang
mula gatal-gatal mencadangkan agar Najib berundur dan Zahid Hamidi
mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan. Belum masanya lagi untuk
Zahid menjadi Perdana Menteri.
Najib
mesti terus disokong dan dipertahankan sehingga habis penggal atau
sehingga tarikh pilihanraya umum diadakan. Sekarang juga adalah masanya
untuk rakyat bersolidariti bersama Najib dan mempertahankannya.
Menjatuhkan
pemimpin adalah agenda jahat Amerika dan Yahudi. Amerika benar-benar
tidak mengenang budi. Walaupun Najib sanggup bermain golf dengan Obama
ketika beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar, Presiden AS itu
sepatutnya memainkan peranan dan mengggunakan kuasanya agar Jabatan
Kehakiman dan FBI tidak mengambil apa-apa tindakan berkaitan 1MDB, Jho
Low dan Riza Aziz.
Sepertimana
ayat biasa pendedak, Najib adalah Perdana Menteri seluruh rakyat
Malaysia. Beliau dipilih melalui proses pilihanraya yang sah dan
diiktiraf dunia. Maka, menjatuhkan Najib juga mesti melalui pilihanraya.
Oleh itu, sehingga pilihanraya umum diadakan, Najib wajib
dipertahankan.
Yess....Marilah kita bersatu mempertahankan Najib!!
Hanya
dengan bertahan dan adanya Najib yang penuh skandal, masalah dan
kecurangan dalam mentadbir negara yang mulai membusuk sekarang,
kemungkinan menjadi lebih cerah untuk UMNO dan BN ditumbangkan dalam
pilihanraya akan datang.
Dengan
tumbangnya UMNO dan BN serta jatuhnya Najib, kemudian sebuah kerajaan
baru mengambil alih yang turut disertai oleh parti Tun Mahathir Mohamad
yang penubuhannya sedang dalam proses akhir, barulah lebih mungkin kita
sama-sama dapat melihat tindakan mahkamah dan keadilan dapat diambil
terhadap semua yang berkaitan dengan 1MDB.
Dengan pertukaran kerajaan, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pasti bukan lagi orang yang sedia ada.
Jika
Zahid yang diberi peluang mengambil alih, ada kemungkinan bukan saja
UMNO dan BN terus dapat mengekalkan kuasanya, malah tidak mustahil
beliau akhirnya akan melepaskan Najib begitu saja berdasarkan hubungan
rapat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan