Isnin, 25 Julai 2016

MB Kelantan jawab keresahan penduduk Kampung Laut

MALAYSIA DATELINE
 
 
Ahmad Yakub MB KelantanAhmad Yakub MB KelantanMenteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub menjawab keresahan penduduk Kampung Laut, Tumpat yang mendakwa mereka seolah-olah tidak ada wakil rakyat.

Ahmad berkata, sebagaimana dilaporkan Harakahdaily, apa yang berlaku adalah, kampung berkenaan akan disusun semula mengambil kira pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Kampung Laut beroperasi di tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Kerajaan negeri, katanya, merancang menempatkan mereka di tempat lebih sesuai kerana kawasan itu akan dibangunkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai Kampung Warisan.

Ahmad berkata pengusaha serunding, dodol, gelembung buaya di situ perlu ditempatkan ke lokasi yang lebih baik.

Katanya, Kampung Warisan itu merupakan program di bawah ECER bagi membangunkan Kampung Laut melalui program warisan.

“Tujuannya mempertingkatkan kampung berkenaan dengan menyusun semula kilang-kilang yang memproses produk tradisonal di satu tempat.

“Lagi pun lokasi asal akan dibangunkan JPS projek tebatan banjir,” katanya sebagaimana dilaporkan media Pas itu.

Sebelum ini, Malaysia Dateline melaporkan, insiden pengambilan kawasan penempatan penduduk Kampung Laut untuk projek tapak warisan tanpa sebarang makluman dan perundingan wajar menjadikan mereka terasa seperti hilang tempat mengadu dan bergantung.

"Selama ini kami bekerja keras malah ada yang bersabung nyawa untuk menangkan wakil rakyat dan parti supaya jadi pembela kami di kala kami dianiaya dan ditindas.

"Nasib kami sungguh sedih kerana ketika kami dipersiakan dan hak kami cuba diceroboh tiada mereka yang kami harapkan itu menjaga nasib kami," kata wakil penduduk Haji Mohd Nordin Adam kepada Malaysia Dateline.

Tiada ulasan: