Isnin, 18 Julai 2016

Mahkamah Rayuan tangguh keputusan kes hasutan Safwan Anang

 
Mahkamah perlukan masa meneliti kes dan tarikh keputusan akan dimaklumkan.


safwananang_18julai


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusan kes hasutan terhadap bekas pengerusi Solidariti Mahasisiwa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang.

“Perkara ini sangat teknikal kami perlukan masa untuk meneliti kes ini dan tarikh keputusan akan maklumkan kemudian,” kata hakim Datuk Mohtarudin Baki.

Peguam Safwan, Ariff Azami menyambut baik keputusan itu dan menganggap ia sesuatu yang positif buat anak guamnya.

“Ini satu keputusan yang positif walaupun kita masih belum lagi mendapat kemenangan yang total.

“Bila kita sudah dapat satu tarikh yang diberikan pihak mahkamah kita mengharapkan keputusan akan memihak kepada kita, memihak kepada perjuangan anak muda dan juga kepada perjuangan demokrasi yang ada di negara kita,” katanya.

Safawan dituduh membuat ucapan menghasut untuk menggalakkan orang ramai menggulingkan kerajaan yang sah melalui cara tidak sah.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara selepas didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dalam satu ucapan pada 13 Mei 2013, tetapi ia diubah kepada denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi.

Pendakwa raya mahu Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen.
Hadir memberi sokongan lepada Safwan hari ini ialah pemimpin pembangkang terdiri daripada Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, Tian Chua serta wakil NGO.

Tiada ulasan: