Isnin, 25 Julai 2016

Rafizi mahu dedah dokumen berkaitan pada setiap hari bermula minggu ini.

Rafizi mahu dedah dokumen berkaitan pada setiap hari bermula minggu ini.


rafizi-najib-maicci


PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan kontrak bernilai RM740 juta kepada TH Heavy Engineering Berhad (THHE) secara runding terus, dakwa Rafizi Ramli.

Malah, beliau mendakwa memiliki dokumen yang menyokong dakwaannya terhadap syarikat yang separuh milik Tabung Haji itu.

“Saya mempunyai dokumen-dokumen yang secara jelas mengesahkan anugerah kontrak secara rundingan terus sebanyak RM740 juta kepada THHE ini yang saya akan dedahkan lagi pada setiap hari minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan penganugerahan kontrak yang didakwa itu usaha Najib untuk menyelamatkan syarikat tersebit, yang dakwanya hampir muflis.

“Saya telah berkali-kali mempersoalkan pelaburan Tabung Haji di dalam THHE kerana ia sebuah syarikat yang secara berterusan mengalami masalah kewangan dan ramai yang telah menjadi mangsa THHE (sebelum ini dikenali Ramunia Holdings Berhad).

“THHE berada dalam keadaan yang terdesak terutamanya setelah dua kontraktornya telah menfailkan saman menutup THHE untuk mengutip balik hutang-hutang mereka,” dakwanya.

Rafizi mendakwa kedudukan kewangan THHE yang memburuk terbukti apabila nilai saham THHE jatuh ke paras 6.5 sen minggu lalu dan menyebabkan kerugian atas kertas sebanyak RM228 juta, serta pinjaman patuh shariah dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM50 juta, dan pinjaman terbitan hutang dalam bentuk ‘redeemable preference shares’ (RPS) sebanyak RM275 juta.

Pemimpin PKR itu membantah sekeras-kerasnya penganugerahan kontrak RM740 juta itu kerana THHE merupakan sebuah syarikat tersenarai dan hanya dimiliki oleh Tabung Haji sebanyak 30% sahaja.

“Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang memiliki 70% lagi sedangkan mereka inilah yang akan mendapat durian runtuh apabila wang rakyat RM740 juta dianugerahkan kepada THHE,” ujarnya.

“Malah, orang-orang di belakang THHE sepatutnya disiasat dan dihadapkan ke mahkamah (jika ada kes) kerana telah menyebabkan kerugian wang rakyat sehingga RM554 juta.”

Tiada ulasan: