Isnin, 25 Julai 2016

Jangan politikkan isu 1MDB, Syed Ali selar Guan Eng ‘kurang’ bijak

THE MALAYSIAN TIMES

SyedAli-GuanEng


KUALA LUMPUR: Pemimpin politik disarankan lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan berhubungh isu pemfailan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) bersabit kes 1MDB bagi mengelak kekeliruan rakyat.

“Berhati-hati komen isu DOJ, jangan buat pelbagai persepsi dan dipolitikkannya kerana kepentingan atau agenda tertentu,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Ali Al-habshee.

Syed Ali berkata, tindakan sesetengah pihak menjadi ‘pengulas’ tidak rasmi berhubung isu tersebut dilihat sebagai tidak wajar memandangkan ia masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

“Ada pemimpin politik ambil kesempatan memburukkan kepimpinan kerajaan dengan mengeksploitasikan isu DOJ sedangkan kes berkenaan masih dalam siasatan membabitkan pihak berkuasa Malaysia dan AS,” ujarnya.

Beliau kesal pemimpin pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang seolah-olah memberi gambaran Presiden UMNO itu telah bersalah.

Tohmohan sedmikian tegas beliau, bukan  sahaja percubaaan untuk mencemarkan reputasi kpimpinan Najib di mata dunia tetapi mereka bertindak mendahlui keputusan siosatan dan undang-undang.

Menurut Syed Ali lagi, laporan DOJ itu difahamkan tidak menamakan secara nyata sejauhmana pembabitan Perdana Menteri berkaitan skandal 1MDB.

“Oleh sebab itu, adalah tidak adil untuk pemimpin pembangkang secara terang-terang memberi gambaran terutama menerusi laman-laman sosial dengan mengaitkan nama Najib dalam isu tersebut,” ujarnya.

Justeru itu katanya, adalah lebih bermanfaat semua pihak menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan hasil siasatan itu pula semestinya dihormati tanpa sebarang prejudis.

Cadangan Lim Guan Eng tidak bijak

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut menyelar saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan Parlimen dibubarkan berikutan pemfailan saman sivil oleh DOJ.

“Cadangan Lim Guan Eng semestinya tidak bijak kerana pembubaran Dewan Rakyat tidak akan menyelesaikan kemelut yang berlaku, apatah lagi sewaktu proses siasatan masih berjalan,” jelasnya.

Lagi pun katanya, pentadbiran Najib sudah memberi penegasan bahawa kerajaan akan bekerjasama penuh berhubung siasatan kes tersebtu dan memberi jaminan pesalahnya akan dikanakan undang-undang sedia ada.

“Lim Guan Eng tidak perlu mempolitikkan isu berkenaan, sebaliknya beliau perlu terlebih dahulu menyelesaikan beberapa isu membabitkan pentadbirannya di Pulau Pinang,” ujarnya merujuk kepada kes rasuah membabitkan Ketua Menteri itu.

Justeru, beliau menyeru rakyat agar tidak terbawa-bawa dengan persespi negatif yang disebarkan pihak tertentu menerusi laman-laman sosial dalam isu DOJ bertujuan menjatuhkan Najib.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menjelaskan penubuhan parti politik baru seperti heboh diperkatakan sejak kebelakangan ini bukan perkara baru kepada UMNO.

“UMNO sudah masak dengan kehadiran parti politik serpihan, ianya tidak memberi ancaman yang sangat besar kepada UMNO walaupun kehadirannya sedikit-sebanyak boleh menghakis sokongan rakyat,” katanya.

Mengambil contoh penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46), beliau memberitahu walaupun parti serpihan itu mampu menggugat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutama di Kelantan tetapi hayatnya tidak kekal lama.

“Parti serpihan pada kebiasaannya tidak bertahan lama, akhirnya berkubur sepertimana pernah terjadi kepada Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar setelah keluar daripada UMNO,” katanya.

Secara jujur, Syed Ali berkata penubuhan parti-parti politk baru yang berteraskan kepada wadah perjuangan orang Melayu hanya akan melebarkan lagi ruang perpecahan di kalangan orang Melayu di negara ini.

UMNO dan juga PAS kata beliau, merupakan  dua parti Melayu yang sekian lama menjadi pegangan politik majoriti orang Melayu dan umat Islam khusunya walaupun berlainan ideologi.

“Dua parti ini menghimpun kelompok terbesar Melayu dan pada saya, kewujduan parti politik baru hanya akan memberi kesan tidak berapa baik kepada perpaduan dan masa depan orang Melayu,” tegasnya.

Tiada ulasan: