Ahad, 10 Julai 2016

Jalur Gemilang koyak di Dataran Merdeka telah diturunkan

 
 
Beginilah keadaan bendera yang dirakam dan dimuatnaik di facebook.
Beginilah keadaan bendera yang dirakam dan dimuatnaik di facebook.


Pemilik akaun facebook Regu Natesan semalam memuatnaik empat keping gambar bendera Malaysia yang berkibar di Dataran Merdeka dalam keadaan koyak rabak.

Menurut beliau, gambar itu diambil pada pukul 1 petang, Jumaat 8 July.

Beliau menggesa pihak berkuasa tempatan dalam kes ini tentulah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya mengambil tindakan segera mengatasi masalah tersebut.

Gambar-gambar tersebut kemudian dikongsi oleh beberapa pemilik akaun facebook yang lain.

Tinjauan MalaysiaGazette petang Sabtu mendapati bendera tersebut telah diturunkan. Bagaimana bendera baru belum lagi dinaikkan sehingga petang semalam.

Ini bukan kali pertama teguran dibuat terhadap Jalur Gemilang yang dikibarkan di Dataran Merdeka yang menjadi tumpuan ramai. -- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: