Jumaat, 29 Julai 2016

Isteri pelakon ditahan polis disyaki terbabit penyeludupan manusia

MALAYSIA DATELINE
 
 
Isteri kepada seorang pelakon terkenal merupakan antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis.Isteri kepada seorang pelakon terkenal merupakan antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis.

Isteri kepada seorang pelakon terkenal merupakan antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis dalam operasi khas Selasa lalu di Putrajaya, kerana dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka termasuk wanita berusia 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Mereka disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Noor Rashid berkata polis tidak menolak kemungkinan terdapat pegawai kanan imigresen yang terlibat dalam kes itu.

Beliau berkata siasatan lanjut dilakukan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat.

Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Sebelum itu polis belum mendapat maklumat berhubung dakwaan isteri pelakon yang dikatakan itu adalah isteri  kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly antara 15 kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan  petang semalam di Putrajaya seperti laporan sebuah portal hiburan hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan, beliau tidak tahu menahu tentang dakwaan itu.
“Mana awak tahu? Saya pun tidak tahu lagi,” katanya pendek pada sidang media selepas merasmikan merasmikan majlis penutup Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) ke-36 di sini petang semalam.
Khalid diminta mengulas laporan portal hiburan semalam yang mendakwa isteri pelakon tersebut ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam di pejabatnya dalam operasi khas.

Tiada ulasan: