KUALA LUMPUR: DAP menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi
membenarkan ia memberi tumpuan kepada pilihanraya umum akan datang.
Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke berkata perkara itu sebulat suara
diputuskan oleh majlis eksekutif pusat parti (CEC) pada mesyuaratnya
malam tadi.
CEC perlu melakukan pemilihan semula pada 29 September, tetapi
perlembagaan parti membolehkan pemilihan dalaman itu ditangguhkan
sehingga 18 bulan jika pilihanraya umum perlu dilaksanakan dalam masa
dua tahun.
Loke berkata parti itu akan meneruskan konvensyen tahunan pada tahun ini iaitu pada 4 Disember.
Pemilihan DAP ditunggu banyak pihak kerana tempoh Lim Guan Eng memegang
jawatan sebagai setiausaha agung akan berakhir setelah berkhidmat
selama dua penggal.
Bagaimanapun, Lim masih boleh bertanding bagi jawatan dalam CEC.
Ketua menteri Pulau Pinang itu kini berada di bawah tekanan selepas menghadapi dua tuduhan rasuah.
DAP bukan satu-satunya parti yang menangguhkan pemilihan parti sementara menunggu pilihanraya umum akan datang.
Umno dan MCA turut menangguhkan pemilihan parti masing-masing sehingga
pilihanraya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang Ogos 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan