Jumaat, 22 Julai 2016

Amalkan ketelusan, Washington beritahu Malaysia

 
AS berkata sektor niaga amat memerlukan ketelusan dan iklim pelaburan yang baik sebelum mempertimbangkan Malaysia 


The White House


WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat berkata Malaysia perlu menunjukkan tadbir urus baik dan ketelusan.

Seruan itu dibuat sehari selepas Jabatan Kehakiman AS memfailkan permohonan menyita aset berkaitan syarikat milik negara, 1MDB, bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), atas tuduhan salah laku dan pengubahan wang secara haram.

Saman sivil itu dilihat sebagai duri dalam hubungan antara kedua-dua negara yang bertambah akrab di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama yang sudah dua kali melawat Malaysia.

Jurucakap White House, Josh Earnest berkata Obama pada tahun lalu memberitahu Najib pentingnya ketelusan dan tadbir urus baik.

“Bagi sektor niaga yang mempertimbangkan Malaysia, mereka mahu melihat petanda negara itu mempunyai iklim perniagaan yang baik,” kata Ernest.

Najib semalam berkata Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada penyiasat antarabangsa kes 1MDB, susulan tindakan Jabatan Kehakiman itu.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersoalkan “tuduhan dan sindiran” terhadap Najib dalam saman itu.

Katanya, tidak ada satu pun siasatan pihak berkuasa di serata dunia terhadap 1MDB mendapati salah guna dana.

Tindakan AS merupakan kes terbesar pernah dibawa sebuah unit “kleptokrasi” di bawah Jabatan Kehakiman yang bertujuan merampas hasil daripada kegiatan rasuah luar negara.

Tiada ulasan: