Khamis, 21 Julai 2016

1MDB: Malaysia sedia bagi kerjasama selari protokol antarabangsa

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh ke atas apa sahaja siasatan berhubung salah laku syarikat atau rakyatnya selari dengan protokol antarabangsa.
 
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffudin Tengku Ahmad berkata, seperti yang selalu ditegaskan Perdana Menteri, jika salah laku tersebut berjaya dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.
 
“Kami maklum saman awam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa aset. Seperti dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh ke atas apa sahaja siasatan berhubung salah laku syarikat atau rakyatnya selari dengan protokol antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Tengku Sharifuddin berkata, pihak berkuasa Malaysia telah mendahului siasatan ke atas 1MDB.
Katanya, syarikat tersebut telah disiasat pelbagai agensi dan badan siasatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa
 
Kira-kira Wang Negara (PAC) sebuah badan bebas dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
 
“Selepas penelitian mendalam, Pejabat Peguam Negara mendapati tidak ada jenayah telah dilakukan dan sehingga kini pihak PDRM masih meneruskan siasatan ke atas 1MDB,” katanya.
 
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, 1MDB menyatakan syarikat itu bukan pihak yang dinyatakan dalam saman sivil tersebut, tidak mempunyai apa-apa aset di AS, dan tidak mempunyai manfaat daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil itu
 
“Lagipun, 1MDB tidak pernah dihubungi Jabatan Kehakiman AS atau mana-mana agensi asing lain berkaitan dalam siasatan mereka,” kata kenyataan itu.
 
Syarikat itu turut mengulangi pendirian akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara itu dan nasihat daripada pihak berkuasa yang sah dalam negara berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: