Ahad, 5 Jun 2016

Umno yakin boleh menang, pembangkang sibuk jatuhkan antara satu sama lain

DALIA ISMAIL
 
 
Dr Rani, Budiman dan Azhar yang mewakili parti masing-masing di Sungai Besar.Dr Rani, Budiman dan Azhar yang mewakili parti masing-masing di Sungai Besar.


Pemimpin Umno yakin, pembangkang yang sibuk untuk menjatuhkan antara satu sama lain akan memberikan laluan mudah kepada calon Barisan Nasional untuk menang.

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin berkata,  pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar memberi ruang kepada calon BN untuk menambah majoriti berbanding dalam PRU13 lalu.

"Pihak lawan, Amanah dan Pas juga antara isu yang boleh dijadikan bahan sesama mereka dalam kempen masing-masing, jadi dalam hal ini sudah tentu mereka sibuk nak jatuhkan antara satu sama lain, Pas sibuk nak jatuhkan Amanah, Amanah sibuk nak jatuhkan Pas," katanya.

Bagi beliau, pertandingan tiga penjuru tidak akan memberikan sebarang masalah kepada BN.

Raja Nong Chik yakin BN boleh menang.Raja Nong Chik yakin BN boleh menang."Dengan pertandingan tiga penjuru tidak memberi kesan kepada calon BN yang bertanding," katanya.

Beliau juga menolak perpecahan dalam Umno akan mempengaruhi pengundi di Sungai Besar ini.

"Kalau ada yang kata Umno-BN diambang perpecahan itu hanya di peringkat tertinggi parti bukan di kalangan akar umbi parti  dan pengundi di PRK ini," ujarnya.

"Blok paling besar adalah BN. Mungkin kita ada sedikit kebimbangan dengan pengundi atas pagar yang kebanyakannya adalaha dari luar tetapi  di kawasan parlimen sungai besar kebanyakan pengundi adalah penyokong tegar BN," ujarnya yang tidak bersetuju dengan pendapat isu kepimpinan Presiden Umno menyumbang kepada kurangnya undi BN dalam PRK kali ini.

"Isu Perdana Menteri jika dimainkan oleh sebahagian penentang dalaman  ahli Umno atau pakatan pembangkang di Sungai Besar ini tidak akan pengaruhi majoriti pengundi Melayu keseluruhannya. PM bukan sahaja satu-satu isu yang mahu dijadikan bahan kempen pihak lawan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah  Md. Hanipah pula yakin calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi adalah 'winable candidade' bagi Parlimen Sungai Besar.

Beliau yang dilaporkan pengsan semalam namun hadir hari ini berkata, melihat kepada penyokong BN yang hadir hari ini, ia adalah situasi yang agak berbeza berbanding pada masa PRU 13 lalu.

"Budiman calon 'winable candidate' dari BN.  Kita yakini calon yang diketengahkan oleh Pakatan Harapan dan Pas tidak akan mengurangkan undi BN pada PRK kali ini.

Ahmad BashahAhmad Bashah"Ini kerana dengan meletakkan calon dari Amanah menunjukkan pakataan pembangkang tidak ada kata sepakat untuk meletakkan hanya satu calon, ini memberi kemenangan berganda berbanding keputusan PRU13 lalu hanya peroleh 993 mungkin kali ini akan meningkat," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Zein Isma Ismail ketika ditemui berkata dengan keputusan muktamad pertandingan tiga penjuru hari ini membuktikan pada fasa pertama ini (hari pencalonan) gelombang biru katanya, sangat hebat untuk menyokong calon BN.

"Satu petanda baik apabila hanya tiga penjuru SPR umumkan hari ini.

"Ini memberi kelebihan kepada Umno-BN untuk mula mengatur stategi "perang" bagi memastikan pengundi di Sungai Besar dapat memilih calon BN Budiman, untuk menang kerusi Parlimen," ujarnya.

Beliau enggan mengulas lanjut  berkaitan calon Pakatan Harapan  Azhar Datuk Shukur dan calon Pas Dr Abdul Rani Osman.

Sebaliknnya berkata,"sekarang waktu semua jentera parti perlu bekerja keras berkempen untuk menangkan calon masing-masing. Kita tunggu dan lihat sajalah kekuatan calon masing-masing pada hari pembuangan undi."

Bekas Adun (MIC) Ijok, K Phatiban pula berpandangan Budiman seorang calon yang memenuhi aspirasi anak muda di kawasan Sungai Panjang dan tidak kurang juga dikawasan DAP di Sekinchan.

"Beliau saya lihat boleh menarik hati pengundi bukan Melayu sama ada di Dun Sungai Panjang mahupun Dun Sekinchan.

"Kita yakin dengan sokongan daripada parti komponan terutama MIC  yang telah menghantar seramai 200 orang hari ini untuk menyokong calon BN ketika hari penamaan calon," ujarnya yang juga Setiausaha Kerja MIC Kebangsaan.

Tiada ulasan: