Jumaat, 24 Jun 2016

Tun Mahathir bertegas tiada masalah dengan Anwar

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri)  dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertegaskan bahawa beliau tidak ada sebarang masalah dengan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.

Ini di tengah-tengah desakan supaya beliau menyokong tuntutan pembebasan Anwar dari penjara Sungai Buloh sebagai sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat seperti  dilapor Malaysiakini.

Bagaimanapun dalam temu bual dalam program hal ehwal semasa Al Jazeera 'UpFront', Mahathir berkata beliau tidak menyesal memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998.

"Saya tidak ada kuasa untuk mengarah sesiapa dibebaskan... Saya tidak ada masalah denganya sekarang. Itu dulu," kata Dr Mahathir dalam temubual yang akan disiarkan lewat malam ini.

"Pemenjaraannya sekarang bukan kerana saya, ia kerana Najib," katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran, yang mencetuskan gerakan Reformasi yang diikuti dengan pemenjaraan pertama Anwar atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas beliau disabitkan pada 10 Februari 2015, berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam temubual itu, Mahathir turut mengulas mengenai masa depan politiknya sendiri, selepas keluar Umno dan menerajui desakan supaya Najib berundur.

Ditanya sama ada beliau mungkin mempertimbang kembali ke pangkuan Umno, Mahathir berkata beliau tidak menolak sebarang kemungkinan dan apa sahaja boleh berlaku.

Tiada ulasan: