Rabu, 1 Jun 2016

Syed Rosli minta maaf maki Mastura p***mak


Anggota Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail memohon maaf kepada calon BN Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid kerana menggelarnya dengan perkataan kesat.

"Jika saya diberi peluang, saya ingin memohon maaf kepada beliau (Mastura).

"Hakikatnya perbuatan saya hanya melayani perasaan marah saya, tetapi marah saya berasas," katanya.

Syed Rosli berkata, beliau berbuat demikian kerana terlalu melayan marah apabila BN meletakkan Mastura sebagai calon dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar.

“Status itu dikeluarkan kerana saya amat kecewa. Saya mudah melatah dan amat marah, saya secara jujur saya keluarkan perkataan yang tidak elok kepada Datin Seri Mastura dan Umno BN.

“Saya hanya melayani perasaan marah saya,” katanya yang sudah mengumumkan akan menjadi calon bebas dalam pilihan raya kecil itu, sekali gus berdepan risiko dipecat daripada Umno.

Semalam, Syed Rosli melalui status Facebooknya memaki Mastura dengan perkataan “pu**mak” dan mendakwa beliau gila kuasa kerana menjadi calon BN di parlimen itu.

Beliau mendakwa Mastura, isteri bekas wakil rakyat di situ, melobi jawatan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno.

Syed Rosli bagaimanapun kemudian memadam tulisan itu setelah sedar kesilapannya.

Beliau bagaimanapun tetap dengan pendirian BN tidak seharusnya meletakkan Mastura sebagai calon atas alasan tiada pengalaman selain bukan anak tempatan.

“Saya berpendapat Datin Mastura yang tidak mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi atau bahagian, mahupun pengalaman memimpin.

“Beliau tidak mampu meneruskan legasi arwah suaminya,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Mastura berkaitan perkara itu.


Tiada ulasan: