Jumaat, 3 Jun 2016

Ratu Naga junjung Quran nafi dakwaan beli pangkalan data

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Ema @ Ratu Naga dengan diiringi abangnya bersumpah sambil menjunjung Quran menafikan dakwaan membeli pangkalan data untuk Deklarasi Rakyat. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehEma @ Ratu Naga dengan diiringi abangnya bersumpah sambil menjunjung Quran menafikan dakwaan membeli pangkalan data untuk Deklarasi Rakyat. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh


Pemilik Akaun Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah hari ini bersumpah di hadapan al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Azharuddin Othman @Abdullah.

Azharuddin semalam mendakwa Ema terlibat dalam pembelian 900,000 nama dari pangkalan data penduduk Malaysia bagi mencukupkan 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat.

Ema berkata, beliau tidak mengenali dan tidak pernah berkomunikasi dengan Azharuddin seperti yang didakwa pengatur cara komputer bebas itu dalam sidang medianya semalam.

Justeru beliau bersumpah bagi membersihkan namanya.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

“Saya Syarul Ema Rena binti Abu Samah buat sumpah ini di hari Jumaat yang suci bahawa saya tidak pernah mengenali atau bercakap atau berhubung dengan Azharuddin Othman @ Abdullah kad pengenalan 861022465285.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” lafaznya sambil menjunjung al-Quran dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Ema dalam sidang media menjawab tuduhan Azharuddin dan Che'gu Bard. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehEma dalam sidang media menjawab tuduhan Azharuddin dan Che'gu Bard. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh

Ema, 26 menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan yang sangat berat dan mahu bertemu sendiri dengan Azharuddin bagi ‘menyelesaikan perkara itu’ tanpa membuat laporan polis.

“Saya berharap dapat bertemu dengan budak yang dakwa dia kenal saya itu tapi dia tak datang pun,” katanya yang ditemani abangnya.

Ditanya sama ada beliau tahu motif namanya dikaitkan dengan tuduhan tersebut, Ema berkata beliau tidak mengenali Azharuddin namun mengetahui latar belakang Badrul Hisham Saharin atau Che'gu Bard yang didakwa dalang di sebalik tindakan tersebut.

“Saya memang tak kenal Azharuddin tapi saya kenal Che'gu Bard, orang yang bawa budak itu buat pendedahan kononnya saya membeli data penduduk.

“Semua orang tahu Che'gu Bard memang berani buat perkara-perkara begini dan banyak pihak mengakuinya. Jadi tidak pelik kalau dia buat tuduhan begini terhadap saya,” katanya yang sedang mengandungkan anak pertama.

Ema dalam pada itu berharap ada peguam sudi membelanya secara sukarela berhubung perkara ini.

“Saya tak buat laporan polis sebab saya tak ada peguam. Bila buat laporan polis sudah tentu saya kena lantik peguam. Saya memang tak ada duit nak bayar peguam.

“Jadi saya alu-alukan kalau ada peguam yang ingin ambil kes ini secara sukarela,” katanya.

Semalam, Azharuddin mendakwa beliau dijanjikan bayaran sebanyak RM5,000 bagi 900,000 nama dari pangkalan data namun hanya menerima sebayak RM1,000.

Ema dalam pada itu berkata, beliau langsung tidak terlibat dengan Deklarasi Rakyat dan tidak pernah berhubung dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pengumpulan tandatangan rakyat.

“Semua tahu Tun Mahathir memang 'tahi hidung masin'. Takkan dia bayar saya untuk buat perkara ini. Dan mana saya nak dapat duit untuk bayar orang buat perkara ini,” tegasnya.

Tiada ulasan: