Jumaat, 24 Jun 2016

Perlukah Kedah lantik pemangku Menteri Besar? soal Mahfuz

MALAYSIA DATELINE
 
 
Ahmad Bashah Md HanipahAhmad Bashah Md Hanipah


Khuatir dengan keupayaan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk mentadbir negeri ekoran masalah kesihatan, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mahu pihak hospital memaklumkan tahap kesihatan beliau.

"Saya percaya pasukan perubatan di Hospital Pulau Pinang telah memberikan rawatan yang terbaik untuk  YAB Dato' Bashah. Moga usaha dan ikhtiar pasukan perubatan akan diberikan kejayaan serta ganjaran pahala oleh Allah.
"Alhamdulillah mesyuarat exco kerajaan negeri Kedah telah berjaya diadakan semalam, Rabu 22 Jun 2016 di Wad ICU Hospital Besar P.Pinang tempat di mana Bashah sedang menjalani rawatan dikatakan komplikasi usus.
"Namun seluruh rakyat Kedah mengharapkan penjelasan dari pihak hospital tentang keadaan terkini kesihatan dan keupayaan fizikal Bashah," kata beliau dalam satu kenyataan media.

Menurut Mahfuz, rakyat sewajarnya dimaklumkan tempoh Bashah perlu mendapat rawatan di hospital dan cuti rehat yang diperolehinya apabila keluar daripada hospital.

Malah beliau menyarankan Jemaah Pemangku Sultan Kedah agar menangani permasalahan ini termasuk sama ada Kedah memerlukan pemangku Menteri Besar bagi memastikan perjalanan sebuah kerajaan yang lebih licin dan efisyen.

"Saya doakan moga Dato' Bashah cepat sembuh dan dapat segera keluar dari wad hospital menjelang hari raya Aidilfitri.

"Saya harap Bashah dengar dan ikut nasihat doktor serta banyak berdoa dan berserah diri pada Allah. Insyaallah segera sembuh," katanya.

Tiada ulasan: