Jumaat, 24 Jun 2016

Pas dakwa Azmin punca kekalahan PRK

MALAYSIA DATELINE
 
 

Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan ManPunca kekalahan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, disebabkan sokongan terbuka Datuk Seri Mohd Azmin Ali kepada calon Amanah, akui Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, Pas merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan menteri besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.

Katanya, Pas tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.

Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku,” kata Azmin seperti dilapor FMT.

Tiada ulasan: