Jumaat, 3 Jun 2016

Parti komponen diarah turunkan bendera BN di Sg Besar

 
Ketua-ketua Bahagian parti komponen BN diarah menurunkan bendera parti itu di 12 lokasi. 


MBSB


PETALING JAYA: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dikatakan telah mengarahkan pemimpin-pemimpin BN di Sungai Besar menurunkan bendera parti itu.

Surat yang dihantar kepada Ketua UMNO, MCA dan GERAKAN di Bahagian Sungai Besar itu mengarahkan bendera BN di 12 lokasi diturunkan.

Menurut surat bertarikh 1 Jun itu, pemasangan bendera tersebut telah melanggar U.U.K 4 Undang-undang Kecil Pilihan Raya (MDSB) 2007 kerana dilakukan tanpa permit MDSB.

“Oleh itu, melalui peruntukan U.U.K 9(1)(b) Undang-undang Kecil Iklan Pilihan Raya (MDSB) 2007 dengan notis ini diberi, pihak Datuk/Tuan dikehendaki menurunkan bendera Parti Barisan Nasional dengan serta-merta,” demikian menurut surat itu.

12 lokasi itu adalah hadapan Pejabat UMNO Sungai Besar, Jalan Tebuk Marso, Jalan Sungai Haji Dorani, Jalan Sungai Nibong, Pasir Panjang, Parit 10, Jalan Tali Air 8, Jalan Radin, Jalan Parit 8 dan hadapan Pejabat GERAKAN Sekinchan serta Jalan Sungai Labu dan Jalan Kuala Selangor Lama.

FMT sedangg cuba menghubungi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos untuk mendapatkan reaksi beliau berhubung arahan MDSB ini.

Tiada ulasan: