Isnin, 27 Jun 2016

Mukhriz boleh sertai PAS jika mahukan jawatan MB Kedah semula

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Sekiranya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahukan jawatan Menteri Besar Kedah semula, beliau boleh menyertai PAS untuk merampas kembali kedudukan itu daripada Barisan Nasional (BN), demikian tawaran daripada Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
“Beliau kena masuk PAS, baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. 
 
"Hal ini kerana beliau akhirnya dapat menumpaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah yang memberontak terhadapnya sehingga beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar,” katanya yang dipetik FMT.
 
Semalam Mukhriz mendakwa terdapat usaha memberi jalan kepada PAS menubuhkan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
 
Katanya Umno Kedah bakal kehilangan negeri itu disebabkan adanya “pakatan peringkat tertinggi” Umno-PAS.
 
Tuan Ibrahim berkata PAS akan terus berusaha merampas semula Kedah daripada Umno.
 
“PAS tetap akan bertanding melawan Umno di Kedah. Penentu kemenangan ialah rakyat dan bukannya mana-mana parti politik,” katanya.
 
Beliau turut mengingatkan Mukhriz mengenai sokongan ahli Dewan Undangan Negeri dari pembangkang ketika mengadakan pertemuan dengan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dulu.
 
“Harap-harap Mukhriz ingat semula siapa yang dokong dia dan siapa yang tidak dokong dia ketika istana minta berjumpa dengan semua Adun dari pembangkang dan BN,” jelasnya.
 
 

Tiada ulasan: