Rabu, 29 Jun 2016

MPK ambil tindakan pihak tinggal barang kitar semula di bahu jalan

OLEH : NORHAYATI UMOR


KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak berkompromi dalam isu peninggalan barangan perniagaan kitar semula yang ditinggalkan atas tanah kerajaan.

Yang DiPertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata hampir 20 tan barangan kitar semula disita iaitu pepulau, kaki lima atau siar kaki di bawah pentadbiran MPK.

KS 7

Katanya, tindakan diambil di bawah Seksyen 46 (1) (d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan halangan di atas tempat awam.

“Antara lokasi yang menerima banyak aduan ialah sekitar Pulau Indah dan beberapa kawasan yang dikenal pasti untuk tindakan selanjutnya selepas ini.

“MPK sering mengadakan operasi penguatkuasaan dan penyitaan terhadap barangan ditinggalkan kerana menyalahi undang-undang yang ditetapkan selain menghalang laluan awam di situ,” katanya dalam kenyataan.

Yasid berkata operasi yang diadakan membabitkan Jabatan Penguatkuasa dan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) serta melibatkan lima buah lori dan sebuah jentolak.

Beliau berkata bahu jalan di kawasan itu digunakan oleh pemilik untuk meletak barangan kitar semula miliknya tanpa menghiraukan bahaya.

“Sikap tidak bertanggungjawab ini mungkin menimpa selain mendatangkan ancaman kesihatan kepada penduduk berhampiran,” katanya.EZY


Tiada ulasan: