Jumaat, 24 Jun 2016

Mahathir bakal dilantik Penasihat Ekonomi Selangor




KUALA LUMPUR 04 MARCH 2016. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (tengah) mengadakan sidang media di Kelab Persatuan Alumni UM. Turut hadir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kiri) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan). NSTP/ASYRAF HAMZAH


(Agenda Daily) – Desas-desus bertiup kenyang dikalangan pemimpin pembangkang mengenai usaha yang sedang dibuat untuk memasukkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan dalam kerajaan Selangor.

Dengan alasan ‘pembinaan imej’ Pakatan Harapan yang kononnya mendapat sokongan orang Melayu dan memberikan Mahathir lebih ruang untuk menyerang kepimpinan kerajaan Pusat selain dipercayai untuk memperkukuh kedudukan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Turut disebut-sebut bakal mendapat jawatan di Selangor adalah bekas MB Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang kini merupakan ahli PKR selepas keluar dari PAS baru-baru ini.

“Ada desas-desus bahawa mereka bakal dilantik ke satu jawatan yang agak besar dalam syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor,” kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao.

Sehubungan dengan itu, beliau Azmin menjelaskan letak duduk sebenar perkara tersebut.

Sehingga kini Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal berfungsi selepas dipenjara kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya.


Tiada ulasan: