Sabtu, 4 Jun 2016

Layar gergasi tayang Euro 2016 di Kuala Kangsar

 
 
Ini kerana ramai peminat bola sepak kini 'berkampung' di Kuala Kangsar kerana terlibat dengan PRK Parlimen itu.


Euro-2016


KUALA KANGSAR: Di sebalik kesibukan menjelang kempen PRK Parlimen Kuala Kangsar yang akan bermula esok, BN tidak melupakan peminat sukan yang menantikan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2016.

ADUN Bukit Chandan Maslin Sham Razman berkata layar gergasi akan disediakan di beberapa lokasi strategik untuk membolehkan peminat Euro menyaksikan pasukan pilihan masing-masing beraksi.

Katanya, penyediaan layar berkenaan penting memandangkan ramai peminat bola sepak kini ‘berkampung’ di Kuala Kangsar kerana terlibat dengan PRK Parlimen itu.

“Antara tempat yang kita akan buka layar ini adalah di kawasan Dataran Sungai Perak,” katanya kepada pemberita selepas program Semarak Minda komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Maslin Sham berkata BN sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan segenap lapisan masyarakat dan berusaha untuk memenuhinya.

Euro 2016 akan membuka tirai secara rasmi pada 10 Jun ini sehingga 10 Julai depan dengan tuan rumah Perancis dijadual bertemu Romania dalam perlawanan pembukaan pada 4 pagi waktu Malaysia.

PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
-BERNAMA

Tiada ulasan: